awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan pantai barat Semenanjung diramal terima hujan lebat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/11/2020
06:03 MYT
Kawasan pantai barat Semenanjung diramal terima hujan lebat
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata trend tersebut bagaimanapun dilihat hampir sama dengan kejadian banjir pada 2019.
KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pantai barat Semenanjung akan menerima hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata trend tersebut bagaimanapun dilihat sama dengan kejadian banjir pada 2019.
"Untuk kali ini kita dimaklumkan bahawa pantai barat akan menerima hujan yang agak lebat. Kita perlu melihat trendnya, (kali ini) baru banjir kilat sahaja tetapi kalau ia berlanjutan sehingga satu minggu, baru kita akan mulakan fasa bencana.
"Esok (Ahad) Johor, Sabah dan Sarawak (diramal) menerima hujan yang agak lebat dan banjir akan mula dan kita akan melihat trend itu macam mana.
"Menurut MetMalaysia, trend bagi tahun ini, Insya-Allah akan sama seperti banjir tahun 2019. Jadi, kita dapat mengandaikan macam mana perlu kita bertindak dan persiapan yang akan dilaksanakan," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
BACA: Amaran cuaca waspada, hujan lebat di kebanyakan negeri Semenanjung
Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan semasa fasa awal MTL, iaitu dari November sehingga Disember 2020, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Manakala mulai Januari 2021, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
Bagi fasa kedua MTL iaitu mulai hujung Januari 2021, seperti biasa dijangka cuaca agak kering di negeri-negeri di utara Semenanjung (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Kelantan
BACA: Siap siaga hadapi banjir, elak kluster banjir di Pusat Pemindahan Sementara - NADMA
Bagaimanapun, Aminuddin berkata semua agensi yang terbabit dengan usaha dan operasi banjir berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi MTL.
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#Astro Awani
#Pahang
#banjir
#operasi
#Monsun Timur Laur
#Semenanjung Barat
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan