awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan pencarian MT Orkim Harmony diperluas

Hilal Azmi
Hilal Azmi
15/06/2015
12:00 MYT
Kawasan pencarian MT Orkim Harmony diperluas
AHMAD PUZI: Berdasarkan kelajuan kapal, operasi mencari difokuskan di perairan Malaysia di bahagian Laut China Selatan. - Astro AWANI/Hilal Azmi
Usaha mencari dan menyelamat kapal tangki MT Orkim Harmony diteruskan selepas ia diperluaskan kepada 50,000 kilometer persegi yang meliputi perairan Semenanjung Malaysia, Perairan Sarawak dan Perairan Sabah.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, laporan yang dibuat bahagian keselamatan syarikat pemilik MT Orkim Harmony terlalu lewat, iaitu selepas 10 jam hilang daripada komunikasi sedikit menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.
"Berdasarkan kelajuan kapal, operasi mencari difokuskan di perairan Malaysia di bahagian Laut China Selatan.
"Kami tidak menolak kemungkinan kapal ini dikaitkan dengan sindiket lanun di kawasan terbabit.
"Saya sahkan minyak RON95 sebanyak 5,879 metrik tan milik Petronas dan dianggarkan bernilai RM21 juta" katanya dalam sidang media di ibupejabat APMM di sini hari ini.
“
Berdasarkan kelajuan kapal, operasi mencari difokuskan di perairan Malaysia di bahagian Laut China Selatan.
”
- Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar
Tambahnya kapal MT Orkim Harmony memang dilengkapi dengan peralatan yang canggih, namun demikian beliau tidak menolak kemungkinan peralatan komunikasi telah dirosakkan perompak terbabit.
Kapal MT Orkim Harmony dilaporkan hilang pada 6 pagi Jumaat lalu iaitu selang 10 jam selepas terputus hubungan.
Kapal tersebut membawa 22 anak kapal dengan 16 warga tempatan, 5 warga Indonesia dan seorang Myanmar.
BACA: Usaha pencarian kapal tangki dan 22 anak kapal yang hilang diteruskan
BACA: IMB sahkan terima laporan kapal tangki MT Orkim Harmony hilang
Topic Berkaitan
#Ahmad Puzi Ab Kahar
#MT Orkim Harmony
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan