KUALA LUMPUR: "Dapat duit banyak macam mana pun, kaya macam mana pun, pelajaran tetap nombor satu".
Demikian nasihat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kepada peserta program PERMATA Remaja ketika merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini, pada Rabu.
Nasihat itu susulan kejayaan sebahagian besar peserta remaja yang berjaya berdikari seterusnya menjana pendapatan sendiri sehingga lebih RM2,500 sebulan hasil daripada kemahiran yang diasah melalui program keusahawanan.
Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berbangga dengan pencapaian peserta program berkenaan dan yakin kejayaan diperoleh terhasil daripada kesungguhan diri sendiri serta kepercayaan tenaga pengajar terhadap mereka.
"Saya ingin mengucap tahniah kepada anak-anak yang telah melanjutkan pelajaran dan mendapat keputusan yang baik dan saya percaya bahawa program ini adalah platform yang terbaik buat mereka.
"Saya mahu terus dengar suara-suara vokal yang baik daripada kursus vokal, saya mahu terus tengok bakat dari segi jurusolek, pengubahan bunga dan juga dari segi usahawan untuk menghasilkan banyak barangan yang baik," katanya lagi.
Program PERMATA Remaja kendalian Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilaksanakan sejak 14 tahun lalu bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka, khususnya dalam aspek pendidikan dan pengasahan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang.
Sepanjang inisitiaf itu dilaksanakan, seramai 8,396 remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur disantuni dan 20 peratus daripada mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), manakala 75 peratus berjaya mendapatkan pekerjaan.
Sementara itu, Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja pula merupakan acara tahunan yang diadakan untuk mengumpul semua peserta program PERMATA Remaja agar mereka dapat mempersembahkan hasil kreatif dan bakat yang diperoleh sewaktu mengikuti kelas kemahiran bersama program berkenaan.
Antara kelas kemahiran yang dianjurkan termasuklah kelas kek dan pastri, fotografi, vokal dan muzik, kecantikan dan lencana butang.
Pia Ernadya
Wed Mar 06 2024
Fadhlina berbangga dengan pencapaian peserta program berkenaan dan yakin kejayaan diperoleh terhasil daripada kesungguhan diri sendiri serta kepercayaan tenaga pengajar terhadap mereka. - Gambar/ Astro AWANI
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
Keratan video tular diambil di luar konteks, cubaan calar imej, main isu 3R - Fadhlina
Fadhlina juga menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.