GEORGE TOWN: Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata menurut pindaan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 9, lawatan murid pada masa ini dibenarkan hingga dua kali setahun bagi setiap murid mengikut keperluan dan kesesuaian.
"Kita bagi kebenaran untuk guru-guru merancang lawatan anak-anak. Sebelum ini setiap sekolah hanya dua kali setahun tetapi sekarang setiap anak murid dibenarkan dua kali, jauh beza.
"Kita mahu anak-anak kita mengikuti pembelajaran di luar kelas supaya perspektif, pengalaman dan kemahiran mereka dapat (diwujudkan) di luar kelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pulau Pinang di Bukit Bendera, di sini, pada Sabtu.
Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata, KPM dalam proses untuk memperkenalkan semula Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO dalam kalangan murid sekolah.
Beliau berkata, setakat ini, KPM telah membuat program lawatan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Banda Hilir, Melaka diikuti Pulau Pinang hari ini dan seterusnya ke Sabah serta Sarawak.
Beliau yakin program lawatan tapak warisan dunia bukan sahaja meningkatkan minat murid terhadap sejarah, tetapi juga Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) memandangkan biodiversiti antara tajuk yang perlu dikuasai murid.
SPI garis panduan berkenaan yang dipinda pada 16 Jun lepas dan berkuat kuasa serta-merta, memberi penjelasan tentang tatacara pelaksanaan aktiviti lawatan murid.
Garis panduan berkenaan terpakai bagi peringkat pendidikan prasekolah hingga peringkat pendidikan lepas menengah selain institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM juga disaran untuk merujuk garis panduan itu.
Garis panduan itu juga menjelaskan lawatan murid sekolah yang dirancang hendaklah diadakan untuk program akademik atau kokurikulum, pertandingan atau perkhemahan, lawatan sambil belajar atau program dan aktiviti lain yang ditentukan pelulus. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Fadhlina.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Awasi penggunaan AI dalam penghasilan berita - PWP
PWP menyarankan agar penggunaan teknologi AI dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.
Kemenangan bukti kerjasama erat dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan
Kemenangan Pang Sock Tao pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah bukti kerjasama dalam kerajaan perpaduan yang kukuh dan kepercayaan rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Pasukan jururawat di Madinah sedia berkorban demi jemaah
Pasukan jururawat Pusat Rawatan Madinah sedia berkhidmat kepada jemaah haji musim 1445M/2024 bagi memastikan kesihatan dan kebajikan mereka yang memerlukan, dijaga dengan sempurna dan sebaik mungkin.
Bursa Malaysia dijangka didagang dalam julat kecil minggu depan
Penganalisis Pasaran dari Rakuten Trade Sdn Bhd jangkakan Bursa Malaysia didagangkan dalam julat kecil dan tidak banyak perubahan minggu depan.
Tentera Israel arah penduduk berpindah dari Rafah
Tentera Israel melalui risalah yang digugurkan dari udara mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim itu mahu memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.