BUAT julung kali dalam sejarah sukan dunia, kejohanan sukan 'phygital' dianjurkan menerusi KazanForum 2024 di Rusia dari 21 Feb hingga 3 Mac 2024.
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
Menurut kenyataan yang dikongsikan oleh KazanForum, kejohanan itu akan menghimpunkan wakil dari 107 negara untuk merebut gelaran juara.
Mereka juga akan bersaing dalam 21 acara dan disiplin inovatif yang menyokong elemen phygital dengan gabungan sukan fizikal, e-sukan dan teknologi.
"Format baharu sukan ini akan menghimpunkan atlet terkuat di planet ini, termasuk dari Iran, Turki, Azerbaijan dan negara-negara dunia Islam yang lain.
"Secara keseluruhan, lebih 2,000 peserta daripada 277 pasukan mewakili 107 negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
"Untuk menang dalam disiplin phygital, tidak cukup untuk seorang atlet menjadi yang terbaik hanya di padang bola sepak, di gelanggang atau dalam permainan video kegemarannya.
"Mata yang dijaringkan dalam fasa fizikal dan digital dijumlahkan, dan para peserta memerlukan latihan khusus dan keupayaan untuk bertukar dengan cepat dari satu cabaran ke cabaran yang lain," menurut KazanForum.
Selain itu, sukan phygital yang dipertandingkan dibahagikan kepada lima teras utama:
1. Gabungan sukan fizikal dan digital - bola sepak, bola keranjang, hoki, basikal, perlumbaan papan selaju, dan lumba berbasikal maya.
2. Teras sukan taktikal - permainan penembak dalam komputer dan pertandingan arena tag laser.
3. Teras strategi - pertempuran popular daripada permainan Multiplayer online battle arena (MOBA) dan World of Tanks, serta cabaran ketahanan tambahan.
4. Teras kelajuan - peserta perlu menjadi sepantas mungkin melalui permainan klasik dan kemudian bersaing dalam cabaran fizikal.
5. Teras teknologi - pertandingan dron dan robot yang akan dikawal oleh peserta, simulator tarian, permainan realiti maya, cybathletics dan pengaturcaraan sukan.
Trend sukan phygital yang semakin popular di peringkat global dipelopori oleh Rusia dan pertama kali disuarakan pada tahun 2021 di Kazan.
Selain itu, Kazan juga kini bergelar Ibu Kota Sukan Rusia sejak Mei 2023 dengan penganjuran kejohanan bola sepak phygital antarabangsa menyaksikan penyertaan pasukan dari Amerika, Eropah dan Asia.
Negara-negara Islam turut diwakili dalam kejohanan itu oleh pasukan Teluk Parsi, Iran.
Pertandingan bola sepak phygital diadakan dalam rangka kerja Forum Ekonomi Antarabangsa Russia - Islamic World: KazanForum pada edisi 2023 yang lalu.
"Isu pembangunan sukan berkenaan di dunia dan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dibincangkan secara berasingan.
"Peserta perbincangan termasuk pakar dari pelbagai negara dan agensi bersetuju bahawa permainan sedemikian menyumbang kepada pembangunan harmoni belia moden, sesuai dengan pelbagai minat mereka dan mendapat sambutan hebat di kalangan atlet siber moden, pelajar dan warga sekolah," tambah kenyataan itu.
Pada masa sama, lebih 2,000 peserta daripada 277 pasukan mewakili 107 negara dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Fahmi Izuddin
Fri Feb 23 2024
Trend sukan phygital yang semakin popular di peringkat global dipelopori oleh Rusia dan pertama kali disuarakan pada tahun 2021 di Kazan. - Foto KazanForum
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.