Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi bantuan kewangan kepada pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang masih bergelut untuk mendapatkan penaja utama bagi menghadapi saingan MotoGP Dunia 2020 yang bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KBS berhubung jumlah dana yang akan disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) kepada Hafizh Syahrin.
Pelumba berusia 25 tahun itu terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP.
"Saya akan membantu sebaik mungkin kerana sebelum ini (fokus kita) untuk mencari penaja dalam kalangan syarikat korporat. Kita masih menunggu permohonan dari pihak Hafizh Syahrin dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kepada staf KBS, di sini, pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Syed Saddiq turut menyeru syarikat korporat untuk tampil membantu bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung pelumba kelahiran Selangor itu dalam menghadapi saingan Moto2 pada musim ini.
Sebelum ini, syarikat petroleum negara iaitu Petronas mengumumkan yang mereka tidak lagi menaja Hafizh Syahrin untuk beraksi dalam kelas Moto2 tahun ini, dan hanya akan menyalurkan tajaan kepada pembangunan akar umbi antaranya pasukan SIC bagi kelas Moto3.
Pasukan Angel Nieto dilaporkan hanya bersetuju membantu Hafizh Syahrin untuk mendapatkan tempat dalam perlumbaan Moto2 sahaja dan pelumba itu perlu mendapatkan penaja utama bagi menampung beberapa keperluan lain termasuk gaji, tiket penerbangan, hotel dan kos latihan pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020
Hafizh terpaksa kembali ke Moto2 bersama pasukan Angel Nieto pada musim 2020 selepas dua musim beraksi di kelas perdana, MotoGP. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
'Terlampau banyak bercakap dan tidak berbuat apa-apa…' - Hafizh Syahrin
JDT sah menceburi arena perlumbaan permotoran bersama-sama pelumba berpengalaman negara Hafizh Syahrin Abdullah mulai musim 2024.
JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
Hafiz Syahrin belum puas hati dengan jentera
Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023.
WSBK: Hafizh Syahrin mula gegar Litar Mandalika
Pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing HONDA Team itu mencatatkan masa 1 minit 37.087 saat pada sesi latihan bebas pertama.
Hafizh Syahrin tak pulang tangan kosong
Berlumba dalam keadaan litar basah, Hafizh Syahrin masih mampu mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik di litar.
Hafizh masih menanti perkhabaran TMJ
Bekas pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah masih menanti perkhabaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menzahirkan minat menajanya Jun lepas.
WSBK: Hafizh uji jentera baharu di Sepanyol seawal Januari depan
Hafizh tidak akan memandang rendah saingan WSBK kerana menyifatkannya sebagai kejohanan yang agak sukar walaupun berpengalaman berlumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini.
KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
Hafizh Syahrin kecewa GP Malaysia dibatalkan
Pembatalan MotoGP memberi kesan mendalam kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.