KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) sektor sukan dan rekreasi sebagai panduan serta pematuhan susulan kelonggaran diberikan kepada sektor berkenaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KBS dalam kenyataan semalam memaklumkan ia melibatkan lima protokol am terhadap aspek individu, pengurusan, latihan, prapenganjuran dan penganjuran selaras pengumuman kerajaan membenarkan beberapa sektor sukan dan rekreasi untuk kembali beroperasi berkuat kuasa hari ini.
Protokol tersebut turut menjadi panduan buat pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang dibenarkan memulakan sesi latihan pada 15 Feb dengan pendekatan gelembung sukan.
"KBS berharap semua penggiat sukan akan mematuhi tatacara dan SOP yang dikuatkuasakan pada setiap masa agar penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dan aktiviti sukan dan rekreasi dapat dilaksana dengan baik dan selamat," menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai SOP sektor sukan dan rekreasi boleh didapati di pautan www.kbs.gov.my/sopsukanrekreasi atau menghubungi Bilik Gerakan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi melalui talian 03-88713585 /3246.
Pada masa sama, KBS menegaskan sehingga kini semua jenis sukan dan aktiviti rekreasi melibatkan sentuhan masih tidak dibenarkan.
Sementara itu, KBS turut optimis meneruskan usaha mereka membuka semula sektor sukan dan rekreasi dalam fasa seterusnya bagi membolehkan ekosistem sektor berkenaan beroperasi berlandaskan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kerajaan semalam bersetuju membenarkan aktiviti jogging dan brisk walking, berbasikal dan senaman terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja manakala tenis, badminton dan ping pong melibatkan acara perseorangan sahaja, dan permotoran (dua roda dan empat roda).
Aktiviti lain dibenarkan ialah aktiviti kemahiran kendiri sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw tanpa melibatkan sentuhan fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Kerajaan membenarkan aktiviti joging dan brisk walking, berbasikal dan senaman terhad kepada dua orang dalam kawasan kejiranan sahaja. - Gambar hiasan
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah
Hannah berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.