awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDEB bina 12 pusat kemudahan kitar semula bahan di Selangor

Bernama
Bernama
23/05/2022
14:44 MYT
KDEB bina 12 pusat kemudahan kitar semula bahan di Selangor
Ramli berkata menjelang akhir tahun ini, lima MRF akan dibuka iaitu masing-masing satu di Sepang, Kajang dan tiga lagi di kawasan Hulu Selangor. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menyasar untuk menyediakan sebanyak 12 pusat kemudahan kitar semula bahan (MRF) dalam tempoh 18 bulan akan datang bagi meningkatkan kadar pengoperasian aktiviti kitar semula di negeri itu.
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata menjelang akhir tahun ini, lima MRF akan dibuka iaitu masing-masing satu di Sepang, Kajang dan tiga lagi di kawasan Hulu Selangor.
Setakat ini, katanya sebanyak dua MRF telah dibangunkan KDEBWM iaitu di Meru, Klang dan Bukit Puchong, Subang Jaya.
"Kita telah berbincang dengan pihak tuan tanah, ada tanah milik majlis (pihak berkuasa tempatan) dan individu, kita runding berkaitan harga sewa, jika setuju kita akan buat pelan pembangunan serta bina kemudahan tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata kutipan sampah domestik sepanjang Syawal kali ini meningkat sebanyak 30 peratus daripada jumlah kutipan harian berikutan penganjuran rumah terbuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDEBWM
#kemudahan kitar semula
#Ramli Mohd Tahir
#MRF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan