awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDJA Sarawak sambut baik Kod Etika Wartawan Malaysia

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
20/02/2024
06:48 MYT
KDJA Sarawak sambut baik Kod Etika Wartawan Malaysia
Ronnie berharap semua wartawan di Sarawak akan menerima pakai dan mematuhi Kod Etika ini sebagai sebahagian daripada amalan dan profesionalisme. - Foto KDJA
KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Sarawak menyambut baik Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini.
Presiden KDJA, Ronnie Teo Teck Wei dalam kenyataannya, memaklumkan wartawan memainkan peranan dalam membentuk pendapat umum dan mempengaruhi pemahaman tentang sekeliling.
“Kuasa ini memerlukan etika yang kukuh, oleh itu pentingnya mematuhi kod etika.
“Kod Etika memberi penekanan pada semakan fakta, mengesahkan sumber dan mengelakkan kandungan yang mengelirukan atau rekaan yang sekali gus membina kepercayaan dan kredibiliti terhadap sama ada di Sarawak mahupun Malaysia amnya,” kata Ronnie dalam kenyataan yang dikeluarkan petang Selasa.
Menurutnya lagi, penyampaiam maklumat perlu seimbang dan tidak memihak walaupun semasa melaporkan isu rumit atau kontroversi.
“Kod etika tidak menggalakkan sensasi, agenda peribadi dan berat sebelah, bagi memastikan perspektif yang pelbagai.
“Menerusi kod etika juga membantu mengekalkan kepercayaan awam ini dengan meminta wartawan bertanggungjawab atas tindakan mereka, menggalakkan ketelusan, dan memastikan pematuhan kepada standard profesional terutamanya di Sarawak,” ujarnya.
Ronnie berharap semua wartawan di Sarawak akan menerima pakai dan mematuhi Kod Etika ini sebagai sebahagian daripada amalan dan profesionalisme.
Topic Berkaitan
#kod etika
#wartawan
#Fahmi Fadzil
#KDJA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan