Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan mesyuarat bersama wakil-wakil negeri termasuk ketua kampung dan orang ramai dalam mencari jalan penyelesaian efektif menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara.
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan itu antara lain bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi, masalah serta keberadaan warga PATI di kawasan luar bandar dan bukan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.
"KDN memerlukan kerjasama daripada semua termasuk kerajaan negeri, jawatankuasa keselamatan peringkat negeri termasuk daerah dan kampung. Jika kita dapat libatkan mereka ini semua dalam menjadi mata telinga menyampaikan maklumat, pihak kami percaya penguatkuasaan lebih berkesan dapat dilaksana kerana pendatang tanpa izin ini bukan hanya ramai di bandar, di kawasan kampung juga ramai.
"Perkara ini bukan lagi terletak di bawah isu imigresen bahkan ia kini melibatkan isu nasional, kita mahu mereka juga terlibat," katanya kepada pemberita pada sidang media Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Baru dan Chow Kit malam tadi.
Menurut Muhyiddin, mesyuarat itu akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri dan segala intipati yang diutarakan akan dibawa ke peringkat kabinet untuk tindakan susulan.
Dalam pada itu, seramai 134 PATI telah ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM di sekitar Kampung Baru dan Chow Kit malam ini.
Operasi yang diketuai Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud itu bermula pada pukul 9.15 malam tadi diadakan di sekitar premis perniagaan di kawasan itu.
"Kira-kira 235 PATI diperiksa dan ada yang ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen sah, salah guna pas lawatan, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.
"Sepanjang tempoh bermula 1 Jan sehingga 27 Mei 2019 JIM telah melaksanakan 7,501 Operasi Penguatkuasaan di seluruh negara manakala seramai 95,029 orang diperiksa, dan hasilnya 22,473 PATI daripada pelbagai warganegara ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Muhyiddin ketika sidang media selepas memeriksa sebahagian daripada warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Negeri ketika Operasi PATI di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 28 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Siasatan: Keluarga Faisal serah sepenuhnya kepada polis
Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.
Kelantan beri bantuan RM300,000 kepada Tabung Haji negeri
Kerajaan Kelantan memberikan bantuan sebanyak RM300,000 kepada pengurusan Tabung Haji (TH) negeri bagi melancarkan proses perjalanan seramai 2,360 jemaah haji di negeri itu.
TH sentiasa ingatkan jemaah patuhi peraturan baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu
Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke tanah suci tengah malam tadi
Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.
[TERKINI] JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Boleh mohon pas sempadan di Kompleks Imigresen Kelantan
Menurut beliau, setiap bulan JIM Kelantan mengeluarkan 15,000 pas sempadan kepada penduduk di negeri ini.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.