Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengekalkan kontrak syarikat Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) untuk membekalkan cip pasport walaupun prestasi syarikat tersebut kurang memuaskan.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Dr Uzailee Abdul Latif, 58, berkata KDN yang ketika itu Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memberi surat kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada 20 Ogos 2014.
"Dalam surat itu, KDN menyatakan bahawa prestasi syarikat DTSB kurang memuaskan kerana sering kali berlaku kelewatan dalam membekalkan cip pasport dan ia menyebabkan prestasi perkhidmatan Jabatan Imigresen (JIM) terjejas apabila bekalan terputus.
"Dalam surat yang sama, KDN telah menyatakan bahawa kementerian itu masih ingin mengekalkan kontrak sedia ada dengan syarikat Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN) dan cip yang dibekalkan oleh syarikat IRIS berdasarkan prestasi yang cemerlang.
"Kesimpulannya daripada surat itu, KDN menyatakan bahawa Kementerian tidak bercadang untuk memperakukan syarikat ini (DTSB) bagi perolehan baru," katanya dan menambah kontrak pembekalan cip pasport itu diperoleh DTSB sejak 2012.
Membacakan penyataan saksinya, Uzailee berkata pada 27 Nov 2014, beliau menghadiri satu perbincangan di antara DTSB, MOF, KDN serta JIM dan dalam perbincangan itu DTSB telah membuat perbandingan kos yang sekiranya mereka dianugerahkan projek tersebut, kerajaan boleh menjimatkan kos sedia ada.
"Hasil daripada perbincangan tersebut, MOF melalui KDN meminta DTSB memberikan maklumat tambahan untuk menimbang permohonan DTSB bagi memohon projek pembekalan cip pasport," katanya pada hari ke-14 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit dan rasuah berhubung kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat.
Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata bermula Jun 2016, pihak JIM mengalami masalah kekurangan bekalan Pasport Malaysia Antarabangsa dan satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan jalan penyelesaian tentang pembekalan pasport itu oleh DTSB dan PKN pada 15 Ogos 2016.
"Susulan mesyuarat tersebut, MOF telah mengeluarkan satu surat amaran kepada KDN berhubung masalah itu.
"Melalui surat bertarikh 30 Ogos 2016, MOF meluluskan pelantikan DTSB untuk pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata ‘polycarbonate’ Pasport Malaysia kepada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus," katanya.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, mengenai siapakah menteri dalam MOF yang meluluskan permohonan (projek membekalkan cip pasport oleh DTSB) pada ketika itu, saksi menjawab: "Datuk Seri Najib Tun Razak".
Sementara itu, Uzailee berkata perundingan kuasa dalam perolehan projek kepada DTSB adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan yang ketika itu digalas oleh Najib.
"KDN hanya boleh bagi perakuan kepada MOF sama ada setuju atau sebaliknya. Jadi dalam kes ini KDN setuju dan menyokong permohonan syarikat tersebut," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun.
Ahmad Zahid, 67, bekas timbalan perdana menteri, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020

Ahmad Zahid hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 12 Feb, 2020. --fotoBERNAMA

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.

RM6 juta sumbangan politik, bukan balasan beri kontrak pembekalan cip pasport - Ahmad Zahid
"Saya tiada kuasa membuat keputusan akhir kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan."

Pendakwaan tutup kes Zahid Hamidi selepas panggil 99 saksi
Sebaik menutup kes, pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan sekiranya dipanggil membela diri.

KDN kekal kontrak DTSB walaupun prestasi kurang memuaskan - Saksi
Uzailee berkata, dalam satu perbincangan pada Nov 2014, DTSB telah membuat perbandingan kos yang sekiranya mereka dianugerahkan projek tersebut, kerajaan boleh menjimatkan kos sedia ada.