PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima empat helikopter baharu selepas Kementerian Dalam Negeri memuktamad perolehan pesawat terbabit.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kertas kerja bagi perolehan aset itu, yang menelan kos kira-kira RM600 juta, juga sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
"Langkah seterusnya kita akan melakukan lawatan ke premis syarikat pengeluar helikopter yang telah disenarai pendek sebelum membuat keputusan pembelian," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga APMM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM Datuk Saiful Lizan Ibrahim.
Beliau berkata pihaknya sedang menilai sama ada menerima atau tidak sebuah kapal peronda yang ingin disumbang oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat untuk kegunaan APMM.
Saifuddin Nasution berkata pihaknya menerima tawaran itu ketika melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada September lepas.
Beliau berkata tawaran itu adalah sebagai tanda kerjasama erat antara kedua-dua negara dalam perkongsian maklumat dan kepakaran.
"Malaysia dilihat oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai negara yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan isu keselamatan di lautan berikutan kita mempunyai sempadan laut yang luas iaitu sepanjang 590,000 kilometer persegi selain menangani jenayah di laut yang semakin kompleks," katanya.
Susulan itu, Saifuddin Nasution berkata beberapa pegawai dan anggota APMM telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk melihat keupayaan kapal peronda terbabit serta membuat laporan sebelum keputusan akhir dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Saifuddin berkata, kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir. - Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Jangan buat spekulasi isu yang sedang disiasat - Mat Sabu
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini meminta pihak tertentu supaya berhenti membuat spekulasi berhubung isu sedang disiasat termasuk isu-isu perolehan dan kewangan oleh Kementerian Pertahanan.