awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAB kemuka 34 usul perkasa komuniti cacat penglihatan
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan buat spekulasi isu yang sedang disiasat - Mat Sabu

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2019
13:21 MYT
Jangan buat spekulasi isu yang sedang disiasat - Mat Sabu
MAT SABU: Pihak-pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya membuat spekulasi terhadap sebarang isu yang sedang disiasat Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara. - Gambar fail
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini meminta pihak tertentu supaya berhenti membuat spekulasi berhubung isu sedang disiasat termasuk isu-isu perolehan dan kewangan oleh Kementerian Pertahanan.
Katanya, isu seperti pembelian helikopter masih di bawah siasatan Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara.
"Pihak-pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya membuat spekulasi terhadap sebarang isu yang sedang disiasat Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara seperti pembelian helikopter, kerana ia akan mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataaan pada Isnin.
Jelas Mohamad, sepertimana hasil siasatan jawatankuasa berkenaan mengenai isu 'land swap' sebelum ini, Kementerian Pertahanan akan memanjangkan hasil siasatan kepada Kabinet sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
"Kementerian Pertahanan akan memanjangkannya kepada Kabinet sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi
Topic Berkaitan
#hentikan spekulasi
#isu sedang disiasat
#Jawatankuasa Siasatan Khas
#land swap
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#pembelian helikopter
#Polis Diraja Malaysia
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan