PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa tahanan di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis diberi layanan buruk.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata media tidak seharusnya memainkan isu tersebut secara berlebihan, dengan mengatakan adalah tidak adil untuk memberikan laporan dari satu pihak sahaja.
"Saya telah dimaklumkan tentang perkara itu tetapi kalau kita nak overplay isu ini tak adil juga, kena tengok subjek terlibat, adakah dia mengamalkan gaya hidup sihat atau terlibat aktiviti tidak sihat yang menyebabkan fizikal menjadi susut dan kecil.
"Tetapi susut itu bukan sebab ditahan, tetapi sudah susut sebelum masuk lagi (ke depoh tahanan), keadaan fizikal dia yang susut dan lemah tidak berpunca daripada momen dia ditempatkan di pusat tahanan," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Imigresen, pada Jumaat.
Beliau mengulas video dan gambar yang tular sebelum ini, memaparkan individu yang didakwa ditahan di Depoh Imigresen di Kimanis, dalam keadaan kurus dan tidak bermaya.
Video dan gambar itu tular sejak dimuat naik seorang pengguna Facebook.
Dalam video berdurasi 90 saat itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Salomon, merayu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengarah Imigresen negeri untuk membebaskan mereka.
Saifuddin juga memaklumkan jabatan itu sentiasa melakukan pemantauan di pusat tahanan dan memastikan sebarang isu ditangani.
Madiha Abdullah
Fri Dec 09 2022
Saifuddin berkata media tidak seharusnya memainkan isu tersebut secara berlebihan. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
COVID-19: Kluster Benteng LD catat empat lagi kes - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia melibatkan kes baharu di Lahad Datu.
Permohonan jaminan dua tahanan LTTE didengar 11 Disember
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 Disember ini sebagai tarikh mendengar permohonan jaminan bagi dua tahanan dikaitkan dengan Kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Tahanan mati selepas tidak sedarkan diri dalam lokap
Hassan Salip, 46, ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3.45 petang oleh anggota polis yang ditugas membawa tahanan itu ke Penjara Tapah.
Satu lagi kes kematian dalam tahanan berlaku semalam - V. Sivakumar
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar, kes terbaru membabitkan seorang lelaki berketurunan Cina berusia 26 tahun.
Kabinet setuju tubuh Mahkamah Koroner tetap - Zahid
Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Mahkamah Koroner tetap dan lokap pusat di setiap negeri bagi menangani kes kematian dalam lokap.
Remaja dijadikan tebusan empat jam oleh tahanan lalui saat cemas
Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu.
Tiga banduan yang ditahan semula direman 7 hari
Tiga tahanan yang ditahan semula selepas meloloskan diri dari polis Isnin lalu, hari ini ditahan reman tujuh hari.
Polis tahan seorang lagi tahanan, dua masih diburu
Polis Pulau Pinang menahan seorang lagi tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dalam sebuah kafe internet di Berapit, Bukit Mertajam awal Ahad.
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis
Tiga daripada lima tahanan yang lolos Isnin lalu berjaya ditahan polis pada malam tadi dan awal pagi ini.