awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember

Faida Rahim
Faida Rahim
11/03/2024
03:30 MYT
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
Saifuddin Nasution berkata kerajaan tidak sesekali menafikan hak kewarganegaraan individu yang layak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan tidak sesekali menafikan hak kewarganegaraan individu yang layak, sebaliknya pemohon perlu memohon mengikut prosedur ditetapkan.
“(Daripada keseluruhan 14,000 permohonan) seramai 11,700 (permohonan) warganegara adalah anak angkat (permohonan paling banyak), selain anak terdampar dan anak tidak sah taraf (ibu bapa warga asing) yang ditinggalkan di hospital kerajaan.
“Saya boleh selesaikan baki 14,000 ini sebelum 31 Disember. Tiada lagi kes berkaitan selepas tarikh itu.
“Dulu mereka perlu menunggu hingga lima tahun sekarang hanya setahun. Komitmen kita kurang dari setahun, semua kita akan beri jawapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di sesi Dialog Khas 2024 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, Cheras pada Isnin.
Tambah beliau, proses mendapat mendapat kewarganegaraan boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi.
“Itu dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan, itu tiga cara. Jangan tanya saya Lembaga Persekutuan beri kuasa kepada Menteri Dalam Negeri meluluskan pendaftaran. Itulah undang-undang dari 1963. Kenapa mesti persoalkan sekarang,” katanya.
Tegasnya, permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang sama di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#KDN
#permohonan warganegara
#warga asing
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan