awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2014
05:08 MYT
KDN siasat pertubuhan didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di Kedah
KDN akan menjalankan siasatan terhadap pertubuhan yang didakwa menjual pingat dan darjah kebesaran di negeri Kedah. - Foto fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan penglibatan sebuah pertubuhan dalam penjualan pingat dan darjah kebesaran di Kedah.
Maklum balas tersebut merujuk kepada berita yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada 10 November 2014.
Menurut KDN, daripada hasil semakan yang dibuat, pihaknya mendapati persatuan berkenaan iaitu, Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah yang beralamat 363-V, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 George Town, Pulau Pinang, telah diluluskan pendaftarannya pada 23 April 2013 di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966.
Matlamat penubuhan persatuan yang didaftarkan di Pulau Pinang itu antara lain adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan dalam kalangan ahli, membantu mempertingkatkan taraf sosioekonomi ahli-ahlinya, menganjurkan aktiviti bercorak kebudayaan bagi memelihara tradisi kebudayaan keturunannya dan juga menjaga kebajikan am ahli-ahli.
Dalam kenyataan media itu, KDN menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap persatuan berkenaan, kerana menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan matlamat penubuhannya.
Pihak KDN menambah, tindakan akan diambil di bawah Akta Pertubuhan 1966 terhadap persatuan tersebut serta pemegang-pemegang jawatannya jika terdapat bukti mencukupi untuk mengaitkan mereka dalam aktiviti tersebut. INDIVIDU MENGAKU SULTAN KEDAH JUAL PANGKAT DATUK
Topic Berkaitan
#darjah
#KDN
#kebesaran
#Kedah
#pingat
#Siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan