awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar pertukaran AS$1 kini bawah RM4 buat pertama kali sejak Julai 2015
Meta halang remaja mengakses watak AI
Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN tiada kompromi terhadap pihak cetus isu perkauman - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
18/03/2023
09:10 MYT
KDN tiada kompromi terhadap pihak cetus isu perkauman - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata setiap rakyat diberikan hak kebebasan untuk bersuara, namun masih tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sedia ada. -BERNAMA
LENGGONG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan sentimen perkauman demi memelihara keharmonian dan keutuhanan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap rakyat diberikan hak kebebasan untuk bersuara, namun masih tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.
"Berdasarkan undang-undang yang ada, pihak berkuasa akan terus melaksanakan tanggungjawabnya supaya keselamatan dan keamanan negara dipelihara serta keharmonian kaum dalam negara ini dijaga sebaiknya.
"Justeru, diingatkan kepada semua pihak supaya mengelakkan daripada membangkitkan perkara-perkara sensitif terutama berkaitan agama dan kaum di dalam negara ini," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha adu domba yang bertujuan menghangatkan suhu perkauman di negara ini.
Dalam perkembangan sama, Shamsul turut meminta masyarakat menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung isu perkauman yang dicetuskan mana-mana golongan.
"Kita mahu perkara negatif ini dielakkan kerana kepelbagaian budaya, agama dan kaum di dalam negara ini adalah tunjang kekuatan kita bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#sentimen perkauman
#masyarakat berbilang bangsa
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan