KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Sabah semakin pulih dengan bilangan mangsa terus berkurangan.

Setakat jam 6 pagi Jumaat, mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) turun ke 227.

Menurut laporan terkini dari portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 78 keluarga dan berlindung enam PPS yang masih beroperasi.

Di Johor, 91 mangsa banjir daripada 26 keluarga direkodkan dan ditempatkan di tiga PPS yang masih beroperasi di Segamat dan Batu Pahat.

Manakala 110 orang daripada 36 keluarga di dua PPS di Pahang.

Situasi di Sabah juga semakin pulih dengan 26 mangsa dari 16 keluarga yang ditempatkan di satu PPS.

Hanya satu daerah masih terjejas iaitu Beluran.