KUALA LUMPUR: Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam pada Khamis lebih terkawal berbanding beberapa hari lalu.

Menerusi gambar yang dikongsi petugas di CAC itu memperlihatkan keadaan hanya sibuk ketika waktu pagi sahaja.

Bagaimanapun, menjelang tengah hari dan petang keadaannya semakin terkawal dan bilangan penduduk yang hadir ditempatkan di dalam stadium.

Sebelum ini, keadaan di CAC Stadium Melawati, Shah Alam di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petalingmenjadi tumpuan apabila rata-rata penduduk yang disahkan positif COVID-19 membanjiri pekarangan CAC itu.

Dalam usaha mengawal kesesakan dan mengelak penularan, pihak berkuasa telah membuka lebih 27 CAC di seluruh negeri itu.

Selangor, bagaimanapun terus mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi dengan jangkitan terbaharu adalah sebanyak 6,120.