awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan semasa banjir di Sibu terkawal - JBPM Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
15/09/2020
09:50 MYT
Keadaan semasa banjir di Sibu terkawal - JBPM Sarawak
Keadaan banjir di sekitar Terminal Whart Sibu sekitar jam 9:33 pagi Selasa. - Foto Astro AWANI
Banjir yang melanda bandar Sibu berada dalam keadaan terkawal setakat ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai (JBPM) Negeri Sarawak, John Sagun Francis bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Ini kerana kejadian air pasang besar dijangkakan akan berlaku pada Rabu.
“Setakat jam 3.00 petang hari ini, keadaan semasa banjir di Sibu masih terkawal di mana trend air di kawasan Kapit dan Song telah menurun,”
“Menerusi laporan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi, cuaca esok (Rabu) akan berada dalam keadaan baik di mana cuaca di sebelah pagi dan malam tiada hujan dilaporkan berlaku cuma akan berlaku ribut petir di satu dua kawasan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Justeru orang ramai yang berada di kawasan rendah dan berisiko banjir diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan keadaan semasa.
Mereka juga diminta bersedia untuk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jabatan Meteorologi
#JBPM
#pusat pemindahan
#Sarawak
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan