Jumlah tunggakan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM40 bilion tidak menjejaskan operasi agensi itu meneruskan memberi pinjaman kepada pelajar.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata beliau yakin pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan operasi PTPTN berpengalaman dan tiada keperluan untuk menekan butang 'panik'.
"Setakat ini tidak terjejas. Saya yakin pegawai kita berpengalaman dalam menguruskan pentadbiran PTPTN. Setakat ini Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Sekiranya kita tidak melakukan tindakan yang signifikan dari sekarang maka jumlah hutang itu akan meningkat. Jadi ia akan menjadi bebanan yang amat berat kepada negara," katanya selepas majlis berbuka puasa PTPTN bersama media di sebuah hotel di sini, pada Khamis.
Katanya tiada keperluan untuk PTPTN menangguhkan pemberian pinjaman kepada pelajar kerana agensi itu masih mengekalkan model sama digunakan ketika kerajaan terdahulu iaitu model pinjam untuk memberi pinjaman.
"Saya rasa tiada keperluan untuk kita panik..sebab realitinya kita boleh beri pinjaman. Kita cuma perlu pastikan peningkatan (kutipan hutang) berlaku supaya bilangan yang kita bagi pinjaman itu kekal dalam sekitar 180,000 - 200,000 peminjam dalam setahun," katanya.
Dalam pada itu Wan Saiful menyeru rakyat Malaysia sepatutnya menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan untuk masa depan anak-anak.
Beliau berkata fokus PTPTN adalah untuk memastikan graduan pada masa hadapan hanya mempunyai hutang pendidikan yang minimum berikutan penabungan yang dilakukan dengan lebih awal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Hutang peminjam PTPTN sebanyak RM40 bilion tidak menjejaskan operasi agensi itu meneruskan memberi pinjaman kepada pelajar. -Gambar fail
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.