awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 : Silibus Tabika, Tadika Kemas diselaras untuk kanak-kanak 3 dan 4 tahun
Indonesia wajibkan pensijilan halal untuk makanan, kosmetik mulai Oktober 2026
Myanmar laksana fasa terakhir pilihan raya di sebalik tindakan ASEAN tidak iktiraf proses itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadilan terus diperjuang tanpa kira latar belakang, kaum, majoriti, minoriti - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
20/08/2025
02:10 MYT
Keadilan terus diperjuang tanpa kira latar belakang, kaum, majoriti, minoriti - PM
Anwar menjawab pertanyaan media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan, untuk terus memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum majoriti atau minoriti.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap pendekatan yang dilaksanakan perlu adil dengan mengambil kita keperluan rakyat.
“Kerajaan akan terus mendengar dan meneliti setiap pandangan menerusi dialog berterusan. Kalau kita nak selamatkan negara, kena jamin, tentunya, keadilan bagi yang majoriti dan minoriti.
“Kita tidak mahu tyranny (kezaliman) of the majority, kita tidak mahu tyranny of the minority. Pendekatan itu harus lebih adil.
“Apa-apa kelemahan kita baiki dalam belanjawan (Belanjawan 2026). Kita sekarang dengar semua pandangan, dalam belanjawan kita akan ubah suai dan perbaiki.
"Tidak semestinya apa yang kita lakukan (sekarang) semua sempurna, ada kelemahan. Sebab itu dialog mesti diteruskan,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Kewangan
#Belanjawan 2026
#Keadilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan