ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau yang mempunyai pengaruh signifikan terhadap kestabilan di rantau Asia Tenggara.
Pada ketika awal pembentukannya, ASEAN hanya dianggotai lima buah negara sahaja iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Ketika awal pembentukan ASEAN juga, ia dianggap sebagai sebuah blok politik yang pro kepada Amerika Syarikat, sementelah pada ketika itu struktur antarabangsa bersifat bipolar dengan Kesatuan Soviet sebagai pesaing utama Amerika Syarikat sebagai dua buah kuasa politik dan ekonomi antarabangsa.
Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, ASEAN terus mengorak langkah dengan pertambahan keanggotaan negara-negara di rantau Asia Tenggara dan sehingga kini terdapat 10 buah negara yang telah menyertai pertubuhan serantau ini.
Myanmar, Laos dan Kemboja adalah negara terbaru yang menganggotai ASEAN pada 1997. ASEAN secara rasminya keluar imej pro Barat masa kini kerana ia memfokuskan kepada kerjasama multilateral antara negara anggota dan bersifat berkecuali.
Keanggotaan negara-negara di rantau Asia Tenggara ke dalam ASEAN mempunyai kesan yang sangat baik kepada organisasi serantau tersebut dan negara-negara anggota itu sendiri.
Walaupun ASEAN bukan sebuah organisasi bersifat pakatan pertahanan, tetapi kerjasama serantau yang melibatkan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan membawa kesan positif jangka masa panjang kepada semua negara anggota. Seterusnya menjamin usaha menjadikan negara-negara rantau Asia Tenggara sebagai negara kuasa pertengahan yang penting dalam struktur antarabangsa secara amnya.
Pembangunan ekonomi dan politik yang stabil dalam kalangan negara anggota secara langusng mampu menarik ramai pelabur antarabangsa untuk membuka pasaran baharu di negara-negara ASEAN, sementelah lagi ASEAN begitu giat menjalinkan kerjasama dengan beberapa negara kuasa besar dunia bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota.
Ini secara jelas betapa ASEAN mampu membawa peranan positif yang cukup signifikan kepada negara-negara anggotanya.
Kerjasama erat dalam kalangan negara anggota ASEAN juga mampu menjadikan rantau ini terus kekal bebas dan merdeka dari sebarang kebergantungan kepada negara kuasa besar antarabangsa.
Benar, beberapa negara seperti Singapura dan Filipina dahulunya adalah penyokong kuat kepada Amerika Syarikat, namun keputusan konsesus daripada keseluruhan negara anggota amat perlu bagi megekalkan rantau ini sebagai rantau yang bebas dan berkecuali tanpa mengira bagaimanakah struktur antarabangsa buat selamanya.
Kemahiran diplomasi yang ditunjukkan oleh ASEAN dalam menghadapi tekanan politik dan ekonomi antarabangsa juga menjadi kunci kepada kejayaan ASEAN sehingga mampu bertahan hingga ke saat ini.
Sebagai “himpunan” negara-negara kecil dalam politik antarabangsa, ASEAN mengambil pendekatan hedging sebagai kaedah untuk meneruskan kesinambungannya sebagai organisasi serantau yang berpengaruh dalam negara anggota dan tidak mengambil langkah bandwagoning yang menurut dan mengikut telunjuk negara kuasa besar.
Seperti mana Malaysia yang mengamalkan pendekatan hedging iaitu dasar berbaik-baik dengan mana-mana kuasa besar bagi memelihara kepentingannya, ASEAN juga mendapat manfaat daripada pendekatan tersebut.
Oleh kerana itu, melihat kepada peranan signifikan yang dimainkan oleh ASEAN sebagai organisasi serantau, Timor Leste telah memohon menjadi salah sebuah negara anggota ASEAN semenjak tahun 2011, namun sehingga kini permohonan tersebut masih lagi dalam proses.
Sebagai sebuah negara baharu sekaligus negara bekas salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia, permohonan Timor Leste untuk menjadi negara anggota ASEAN telah mendapat pelbagai reaksi daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain.
Ironinya, Indonesia sendiri begitu menyokong keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 dengan kenyataan rasmi Menteri Luar republik tersebut bahawa Indonesia ingin melihat Timor Leste sebagai negara yang makmur dan stabil, didukung oleh perekonomian yang kuat serta sebahagian daripada ASEAN.
Kerana itu Indonesia mengutamakan Timor Leste dalam program bantuan teknikal Kerjasama Selatan-selata, ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Timor Leste, Dionisio Da Costa Babo Soares pertengahan tahun ini di Jakarta.
Sokongan yang diberikan oleh Indonesia dapat dilihat melalui bantuan secara politik dan ekonomi dengan pelbagai bantuan kapasiti terhadap Timor Leste sebagai persiapan bagi menyertai ASEAN.
Sememangnya ujar Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi terdapat beberapa syarat utama bagi menganggotai ASEAN iaitu kestabilan politik, ekonomi, sosial budaya dan pembangunan domestik secara berterusan.
Selain itu, Indonesia juga adalah negara yang paling konsisten selain Malaysia, Thailand dan Filipina yang menyokong keanggotaaan Timor Leste ke dalam ASEAN semenjak Timor mengajukan permohonan pada tahun 2011.
Selain Indonesia, Malaysia juga konsisten dalam menyokong keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN. Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, kemasukan negara tersebut adalah selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN.
“Berdasarkan keakraban yang sedia terjalin ini, Malaysia menyokong kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN, memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara.
“Ia selaras dengan Perkara 6, dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN, ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper-thy-neighbour’, yang bermakna memakmurkan jiran” kata beliau.
Keanggotaan Timor Leste sebagai negara ASEAN ke-11 mempunyai pelbagai kesan positif terhadap ASEAN dan terhadap Timor Leste sendiri. Hal ini termasuk kepentingan strategik yang menjadi salah satu isu kritikal di mana-mana rantau sekalipun.
Sekiranya Timor Leste tidak diterima sebagai negara anggota ASEAN, pasti terdapat vakum kuasa terhadap negara tersebut kerana status Timor Leste sebagai sebuah negara baru dan tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan ketenteraan.
Penolakkan permohonan negara tersebut sebagai negara ASEAN menyebabkan Timor Leste berasa terpinggir dan cuba mencari mana-mana negara yang boleh membantu kelangsungannya di dalam sistem antarabangsa.
Maka tidak mustahil, mereka akan menjalankan dasar “bandwagoning’’ terhadap mana-mana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat ataupun China bagi membantu negara mereka.
Sudah pasti, apabila negara-negara kuasa besar tersebut membantu ekonomi ataupun memberikan jaminan ketenteraan, pengaruh mereka akan bertapak di Timor Leste dan menghadirkan kesan negatif yang bukan kepalang kepada kestabilan Indonesia secara khusus dan Asia Tenggara secara amnya.
Kehadiran Amerika Syarikat atau kuasa-kuasa besar lain pasti mewujudkan sebuah gelanggang percaturan geopolitik di Asia Tenggara yang mana pada akhirnya memberi kesan kepada keharmonian rantau Asia Tenggara.
Ketika itu, persahabatan dan ikatan murni yang terbina dalam kalangan negara di rantau Asia Tenggara yang sekian lama bersatu di bawah payung ASEAN akan berpecah mengikut kepentingan nasional masing-masing selain terikat dengan ideologi atau budi yang ditaburkan oleh negara-negara kuasa besar. Mungkin terlalu jauh untuk dijangka, namun tidak mustahil perkara ini akan berlaku sekiranya Timor Leste dipinggirkan daripada ASEAN.
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Etnik,
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Thu Jul 18 2019
Timor Leste merupakan negara termuda yang ditubuhkan di rantau Asia Tenggara - Foto Fail
Subsidi diesel: KPDN keluar 191 notis kepada peniaga sejak Isnin - Fuziah
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 346 premis sejak Isnin yang turut menyaksikan 23 aduan diterima dan tiga kertas siasatan dibuka.
Melaka teliti bantuan kepada nelayan, penternak terjejas larangan jualan dwicangkerang
Dr Muhamad Akmal berkata sebelum ini terdapat bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan terjejas oleh LKIM.
Tahfiz persendirian perlu daftar dengan JAIS untuk sertai program pemutihan - Exco
Mohammad Fahmi berkata skop pemutihan itu akan hanya melibatkan ITP yang telah dibina dan beroperasi hingga 31 Dis 2023.
PM kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti
Katanya, filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguat kuasa dalam negara.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
EU laksana cukai 38.1 peratus kenderaan EV dari China
Suruhanjaya Eropah (EC) menetapkan keputusan untuk mengenakan cukai 38.1 peratus terhadap import kereta elektrik (EV) dari China. Keputusan itu akan dilaksanakan bermula bulan hadapan yang mana suruhanjaya ini menjangkakan respon balas dari China.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Jun 2024.
Proton rancang lancar lima model EV di bawah jenama e.MAS
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata model EV pertama di bawah jenama baharu itu dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura sokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 di bawah PM Anwar
Wong menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Anwar dalam menerajui ASEAN.
Negara anggota ASEAN perlu terus usaha hubung rangkaian kereta api - Loke
Negara anggota ASEAN perlu terus berusaha untuk meningkatkan integrasi dengan menghubungkan rangkaian kereta api bagi mencapai aliran bebas barangan yang lebih luas di rantau ini.
ASEAN berusaha tingkat tindak balas bencana
Jerayawara One ASEAN One Response (OAOR) yang dilancarkan di sini pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Ten
Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
Penting untuk Malaysia kekalkan pendekatan seimbang dalam hadapi ketegangan geopolitik serantau - Sarjana
Shamsul Amri menekankan kecenderungan sejarah Malaysia untuk mengamalkan sikap sederhana dalam hubungan antarabangsa, khususnya dalam ASEAN.
Persaingan kuasa besar antara cabaran ASEAN - Setiausaha Agung
ASEAN, yang selalu menjadi blok serantau yang kukuh, dinamik dan tangkas, menghadapi cabaran daripada kuasa-kuasa besar, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
Malaysia akan dukung prinsip, gerakkan kepaduan sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Beliau berkata ASEAN dan Asia Tenggara telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.
PBB nanti kepimpinan Malaysia untuk kukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN pada 2025
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menanti kepimpinan Malaysia bagi mengukuhkan agenda hak asasi manusia ASEAN dan menyuntik semangat baharu ke dalam respons antarabangsa kepada krisis.
Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.