awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian

Bernama
Bernama
12/06/2024
20:10 MYT
Meta, MCMC jalin kerjasama laksana Kempen Kesedaran Amalan Keselamatan Dalam Talian
Fahmi (kanan) ketika hadir pada sesi taklimat Meta pada Selasa mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Meta bersetuju menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta pemegang taruh lain bagi melaksanakan kempen kesedaran nasional mengenai amalan keselamatan dalam talian.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerjasama itu termasuk Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-Kanak dan Keluarga yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Susulan komitmen yang dinyatakan oleh Meta pada mesyuarat bertarikh 8 April 2024, saya telah diberikan taklimat semalam mengenai usaha dan penambahbaikan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian bagi pengguna di Malaysia.
"Aspek-aspek ini merangkumi pengesahan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun serta pemantauan kandungan berbahaya seperti judi dalam talian, penipuan, berita palsu dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja)," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Fahmi berkata usaha Meta untuk mengurangkan kandungan berbahaya dan melindungi keselamatan pengguna dalam talian adalah menggalakkan justeru beliau berharap komitmen ini akan diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen kesedaran
#keselamatan dalam talian
#Fahmi Fadzil
#Meta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan