awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah

Bernama
Bernama
25/02/2021
00:52 MYT
Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Chandra menjemput semua rakyat Malaysia menyertai kempen seperti Rasuah Busters yang matlamat utamanya bukan sahaja menghapuskan rasuah tetapi juga mewujudkan masyarakat yang benar-benar beretika dan bermoral.
KUALA LUMPUR: Kejayaan utama bagi sebuah negara bebas rasuah ialah keazaman rakyat untuk menghapuskan gejala rasuah dalam kalangan masyarakat, kata President International Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar.
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain, bagaimanapun, ujian sebenar bermula apabila pemimpin memilih untuk melakukan apa yang betul walaupun ia menjejaskan kepentingan mereka sendiri.
"Jika pilihan raya berubah, undang-undang dan fahaman tidak membawa kepada masyarakat yang bebas rasuah, tidak bolehkah seseorang berpaling kepada rakyat, minta mereka lakukan apa yang boleh untuk membawa masyarakat dengan komitmen lebih kuat, kepada sesuatu yang benar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam artikelnya bertajuk 'A People's Campaign Against Corruption' yang diterbitkan dalam seksyen Bernama Thoughts menerusi portal berita Bernama semalam.
Justeru, Chandra berkata semua rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen desentralisasi seperti Gerakan Sinar Rasuah Busters (Rasuah Busters), yang matlamat utamanya adalah bukan sahaja menghapuskan rasuah tetapi juga mewujudkan masyarakat yang benar-benar beretika dan bermoral.
Malah, katanya ini adalah kali pertama inisiatif sedemikian dilakukan rakyat, walaupun sebelum ini, ada badan bukan kerajaan (NGO) khusus yang menyasarkan aspek rasuah atau pelanggaran tertentu.
"Kempen ini adalah respons kepada persepsi bahawa rasuah telah merebak dalam masyarakat. Ia menekankan kesan jenayah ini terhadap rakyat dan mengapa mereka perlu memeranginya demi kebaikan dan masa hadapan negara," katanya.
Rasuah Busters yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai isu rasuah dan ia akan berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan nilai kejujuran dan integriti bersama yang terkandung dalam semua ajaran agama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#integriti
#undang-undang
#rakyat Malaysia
#pilihan raya
#jenayah
#Rasuah
#kerajaan
#NGO
#chandra muzaffar
#bebas rasuah
#kepimpinan baharu
#Gerakan Sinar Rasuah Busters
#rasuah busters
#beretika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan