PUTRAJAYA : Kerjasama ekonomi di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera telah wujud sejak zaman Dasar Ekonomi Baharu (DEB), namun, sebahagian jalinan itu masih boleh dipertikaikan ketulenannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Kongres Ekonomi Bersatu (KEB) 2024 itu berkata, melalui Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB), aktiviti ekonomi hanya atas nama Bumiputera sahaja sepatutnya tidak lagi dibenarkan untuk wujud.
Beliau lebih cenderung untuk melihat Ali dan Baba yang benar-benar berfungsi melaksanakan aktiviti perniagaan, serta Ali dan Baba yang terlibat dengan pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan perniagaan.
“Bukannya ‘Ali Baba’ yang memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengambil mengaut keuntungan. Tindakan seumpama ini pada akhirnya menyukarkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor ekonomi.
“Selain itu, tindakan kelompok Bumiputera sebegini tidak mencerminkan bentuk kekayaan dan pemilikan sebenar,” katanya lagi, sewaktu menyampaikan ucaptama sempena B KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Khamis.
Bertemakan Positif, Progresif dan Inovatif, KEB 2024 berlangsung selama tiga hari itu merupakan anjuran Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, bagi mengekalkan pemilikan tanah Bumiputera yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi dan pemeliharaan identiti kebangsaan, beliau mencadangkan agar diwujudkan Perbadanan Tanah Bumiputera.
“Perbadanan itu bertanggungjawab untuk merangka mekanisme yang membolehkan pemilikan tanah Bumiputera ditingkatkan dan dimanfaatkan pada masa hadapan.
“Adalah disyorkan, semua tanah-tanah berstatus pajakan melebihi 50 ekar bagi kawasan pertanian ataupun plot-plot industri yang melebihi 20 ekar, apabila sampai tempoh tamat pajakan dan dipohon untuk penyambungan, 20 peratus daripada tanah berkenaan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan diurus tadbir melalui perbadanan ini.
“Penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera merupakan langkah proaktif untuk menjamin keseimbangan demografi kaum; kelangsungan kawasan usaha Bumiputera bagi tujuan pertanian, perindustrian dan penempatan baharu; dan usaha tambahan mengekalkan pemilikan Bumiputera,” katanya lagi.
Ahmad Zahid juga optimis tindakan itu dapat memberi pulangan dan peluang yang lebih besar kepada Bumiputera untuk memiliki sebahagian daripada aset tanah negara.
Katanya lagi, melalui perancangan teliti dan strategik juga, setiap kawasan usaha diharapkan memberi manfaat maksimum kepada komuniti Bumiputera, mencipta kelestarian ekonomi yang berterusan.
Firdaus Azil
Thu Feb 29 2024
Melalui Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB), aktiviti ekonomi hanya atas nama Bumiputera sahaja sepatutnya tidak lagi dibenarkan untuk wujud, tegas Ahmad Zahid.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.
KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.