PUTRAJAYA : Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) bakal menjadi dasar untuk menjamin penglibatan dan hak Bumiputera dalam agenda ekonomi negara, selain memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan Bumiputera.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 menegaskan, dasar itu berbeza dengan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang lahir daripada KEB pertama dan kedua pada era 60-an dahulu.
Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga, TEB bertunjangkan pada tiga teras utama iaitu: Keadilan Sosio-Ekonomi; Kemampanan Negara Bangsa; Kemakmuran Negara dan Kesejahteraan Rakyat.
“Ketiga-tiga matlamat utama ini bagi memastikan, dasar dan pelaksanaan agenda ekonomi negara, bukan sahaja menjamin penglibatan dan hak Bumiputera tetapi pada masa yang sama memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan Bumiputera.
“Mahu atau tidak, rela atau tidak, kesalingan antara kaum amat penting dalam memugar aktiviti ekonomi negara. Bertitik tolak daripada hasrat DEB yang tidak mahu lagi aktiviti ekonomi dikaitkan dengan identiti kaum, hari ini tembok itu telah pun berjaya diruntuhkan.
“Kaum Bumiputera tidak lagi sinonim dengan usaha tani, Cina bukan lagi mendominasi gelaran saudagar begitu juga dengan kaum India, tidak lagi berlegar di perladangan,” katanya ketika berucap merasmikan KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Khamis.
Bertemakan Positif, Progresif dan Inovatif, KEB 2024 berlangsung selama tiga hari bermula Khamis merupakan anjuran Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Dalam ucapan itu juga, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, melalui TEB, kerajaan mahu memastikan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor ekonomi dapat diperkasakan.
Katanya lagi, dasar itu juga juga bertujuan memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam menyertai peluang-peluang ekonomi dan teknologi baharu, di samping turut serta membesarkan kek ekonomi negara.
“Dalam aspek pendidikan, kini masanya untuk kita memecahkan belenggu pemikiran kalangan Bumiputera bahawa bidang kemahiran bukanlah pilihan kedua tetapi sebaliknya menjadi pilihan utama industri.
“Memperkasa modal insan melalui bidang kemahiran juga penting bagi mempersiapkan generasi Bumiputera sebagai tenaga kerja yang kompeten untuk bersaing di pasaran buruh yang semakin kompleks,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid optimis usaha tersebut mampu meningkatkan peratusan pekerja mahir Bumiputera yang kini berada pada tahap 29.1 peratus berbanding kaum-kaum lain, selain menjamin akses terhadap pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih munasabah dan stabil di dalam meningkatkan taraf hidup mereka.
Firdaus Azil
Thu Feb 29 2024
Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB) bakal menjadi dasar untuk menjamin penglibatan dan hak Bumiputera dalam agenda ekonomi negara, selain memastikan wujudnya kesalingan atau sinergi dengan bukan Bumiputera, kata Ahmad Zahid.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.
KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.