IPOH: Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian kebakaran di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, bulan lalu.
Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata proses siasatan masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua minggu lagi sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Siasatan yang dilaksanakan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Pderak mendapati tiada unsur-unsur asing. Pelakuan jenayah juga tidak dikesan tetapi kita lihat dari aspek pendawaian bangunan lama," katanya.
Sayani berkata demikian kepada media pada Program Bubur Asyura anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayan Bomba (PERSKEB), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba (PERISMA) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) di Ibu Pejabat JBPM Perak, di sini, hari ini.
Katanya, bangunan pejabat JSJ itu adalah kuaters lama yang dijadikan pejabat dan tempat penyimpanan pelbagai dokumen.
Pada 27 Jun lalu, beberapa dokumen berkaitan Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) di pejabat JSJ IPK Perak musnah dalam kebakaran yang berlaku di tingkat dua bangunan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Sayani berkata pihaknya menyarankan supaya masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan dan kebersihan khususnya bagi menghindari serangan haiwan berbisa.
"Saya nampak masyarakat kurang cakna dengan perkara seumpama ini dan apabila ia berlaku kebanyakannya daripada kita akan panik selain tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi langkah pencegahan," katanya.
Katanya, pengetahuan berkenaan secara dasarnya boleh dipelajari melalui kerjasama yang dilakukan dengan agensi berkaitan.
"Contohnya, jika membabitkan haiwan berbisa ini kita boleh mohon kepada Jabatan Perhilitan untuk dapatkan maklumat atau nasihat bagi langkah-langkah awal yang boleh dicegah dalam waktu kecemasan," katanya.
Semalam, tular di laman sosial video berdurasi 19 saat memaparkan seekor ular senduk menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring di ruang tamu.
Namun atas tindakan pantas pasukan bomba, ular itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak tersebut dilaporkan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Pada 27 Jun lalu, beberapa dokumen berkaitan Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) di pejabat JSJ IPK Perak musnah dalam kebakaran yang berlaku di tingkat dua bangunan berkenaan. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta
Polis Perak berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM13.7 juta dalam operasi di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu.

Warga Myanmar maut ditikam rakan senegara
Seorang lelaki berumur 22 tahun dijumpai terbaring di dalam bilik pertama dan terdapat kesan darah di bahagian dadanya.