GEORGE TOWN:Polis menegaskan kebakaran bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hari ini tidak menjejaskan sebarang siasatan kes.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kebakaran itu tidak melibatkan kemusnahan dokumen penting penyiasatan termasuk barang-barang kes.
"Kejadian itu tidak akan menjejaskan kes sama ada yang masih dalam siasatan atau yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah.
“Isi kandungan dokumen-dokumen yang musnah dalam kebakaran tersebut juga telah dimuat naik dalam sistem maklumat Polis Diraja Malaysia sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Bilik siasatan jenayah narkotik IPD Timur Laut terbakar
Berikutan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat andaian sendiri termasuk memuat naik komen negatif berhubung kejadian berkenaan di media sosial.
Katanya, terdapat komen negatif menerusi laman sosial Facebook mendakwa bahawa kebakaran itu disengajakan bagi tujuan penghapusan bahan bukti agar pesalah terlepas daripada pendakwaan dan hukuman.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai menghentikan komen-komen berbentuk andaian berkaitan insiden kebakaran tersebut yang boleh menimbulkan presepsi tidak sihat dalam kalangan masyarakat umum.
Soffian menjelaskan, kebakaran itu yang melibatkan sebuah pejabat menempatkan unit pentadbiran dan fotografi telah memusnahkan beberapa fail, komputer, pendingin hawa dan peralatan pejabat termasuk foto.
Dalam kejadian jam 7.55 pagi Isnin, bilik BSJN di tingkat empat bangunan IPD Timur Laut di George Town itu terbakar dan memusnahkan 40 peratus bilik berkenaan.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 25 2021
Kebakaran itu tidak melibatkan kemusnahan dokumen penting penyiasatan termasuk barang-barang kes. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.