awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen

Bernama
Bernama
11/08/2021
21:11 MYT
Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen
Kemusnahan di wad berkenaan dianggarkan sekitar lima peratus. - Gambar fail/Ihsan JBPM
IPOH: Siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhubung kebakaran sebuah bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River di Tanjung Malim pada Selasa malam, mendapati kejadian bukan berpunca daripada tangki oksigen terbakar.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Kebakaran melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.
"Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas telah segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
BACA: Tabung oksigen Hospital Slim River terbakar, pesakit melecur pada tangan
Beliau berkata kebakaran itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan iaitu melecur sembilan peratus di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut.
Bagaimanapun katanya pesakit berusia lingkungan 40-an itu kini berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke hospital berkenaan namun kebakaran telah berjaya dipadamkan kakitangan hospital dan kemusnahan bilik isolasi itu dianggarkan lima peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#bilik isolasi
#hospital slim river
#pesakit
#Jabatan Kesihatan Perak
#wad hospital terbakar
#tangki oksigen
#punca kebakaran
#Ding Lay Ming
#siasatan
#kecederaan
#melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan