NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Laporan awal dijangka diumum esok, tertumpu aspek teknikal, kecuaian - MB

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari semasa sidang media mengenai perkembangan berkaitan kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada Selasa lalu. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Laporan awal siasatan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya dijangka diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan esok.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, siasatan akan tertumpu kepada dua aspek utama iaitu aspek teknikal serta kemungkinan kecuaian atau kesalahan jenayah.
"Bagi aspek siasatan punca kejadian, proses ini diketuai oleh Datuk Hussein Omar. Siasatan ini akan mengambil kira dua sudut pandang.
"Pertamanya, dari segi sebarang unsur jenayah seperti kesalahan kecuaian ataupun semula jadi dan siasatan ini akan dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia."Kedua, dari segi siasatan teknikal di ground zero, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah Jabatan Kerja Raya akan memulakan carian teknikal di tapak.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan 39 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini pada Khamis.
Menjelaskan lanjut, Amirudin memberitahu, mereka yang berkaitan, termasuk kontraktor akan dipangglil bagi merekodkan keterangan.
Dalam pada itu katanya, sidang media akan diadakan pada setiap hari yang akan diselang-seli dengan beliau dan Hussein.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami