awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Polis sahkan wujud kerja ekskavasi 30 meter dari lokasi kebakaran

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/04/2025
08:56 MYT
Kebakaran gas Putra Heights:  Polis sahkan wujud kerja ekskavasi 30 meter dari lokasi kebakaran
Hussein Omar berkata, berdasarkan siasatan awal, aktiviti tersebut dikenal pasti sebagai sebahagian daripada projek menggantikan paip-paip kumbahan di kawasan berkenaan. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: Polis mengesahkan wujudnya kerja-kerja ekskavasi tanah kira-kira 30 meter dari lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini Selasa lalu.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan kerja ekskavasi tanah kira-kira 30 meter dari lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights sebagai sebahagian projek menggantikan paip kumbahan.
  • Kerja ekskavasi dihentikan dua hari sebelum kejadian, melibatkan penggunaan backhoe dan excavator.
  • Kebakaran melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga, dengan 87 rumah mengalami kerosakan total dan 148 rumah terjejas tetapi boleh didiami setelah pembaikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan awal, aktiviti tersebut dikenal pasti sebagai sebahagian daripada projek menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada di kawasan berkenaan.
Menurutnya, polis sudah mengenal pasti pihak pemaju, kontraktor utama, sub-kontraktor serta pekerja-pekerja yang terlibat dalam operasi itu.
"Aktiviti ini turut melibatkan penggunaan dua jentera berat iaitu sebuah backhoe dan sebuah excavator, namun kerja-kerja ekskavasi dihentikan pada 30 Mac lalu, iaitu dua hari sebelum kejadian.
"Salah satu jentera excavator turut terbenam ke dalam lubang yang terbentuk di tapak kejadian," katanya pada sidang media Op Gas Putra Heights, di sini pada Jumaat.
Polis sahkan ada aktiviti korek tanah, siasat jika boleh cetus letupan
Pada Selasa, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan saluran utama Petronas Gas Bhd (PGB) pada 8.10 pagi.
Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya dan menyebabkan kawah berkedalaman 9.8 meter, dengan keluasan kira-kira 21X24 meter terbentuk di lokasi kejadian.
Secara keseluruhannya kebakaran itu melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga, 87 rumah mengalami kerosakan total dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#Putra Heights
#Kebakaran saluran gas
#Petronas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan