awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Siasatan 24 jam tanpa henti, laporan dijangka siap lebih awal - Hussein

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/04/2025
09:10 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Siasatan 24 jam tanpa henti, laporan dijangka siap lebih awal - Hussein
Hussein (depan, tengah) bercakap pada sidang media harian di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), pada Selasa. -Bernama
SUBANG JAYA: Laporan siasatan kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka siap lebih awal berbanding tempoh dua minggu yang ditetapkan sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Laporan siasatan kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka siap lebih awal kerana siasatan dijalankan 24 jam tanpa henti.
  • Sebanyak 270 daripada 437 rumah yang terjejas kini selamat diduduki semula, dan 88 daripada 571 kenderaan mengalami kerosakan lebih 50 peratus.
  • Setakat ini, pihak polis telah menerima 675 laporan berkaitan insiden dan 186 saksi telah selesai dirakam percakapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia susulan tindakan jawatankuasa siasatan teknikal menjalankan proses siasatan 24 jam tanpa henti bermula Isnin lalu.
"Mulai semalam, kami telah menambah jentera untuk kerja pengorekan yang kini beroperasi 24 jam.
“Kerja-kerja ini akan diteruskan sepanjang masa untuk memantau dan menganalisis setiap peringkat pengorekan kawasan terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menambah, sebanyak 270 daripada 437 rumah yang terjejas kini selamat diduduki semula selepas pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa.
Hussein turut mengesahkan, daripada 571 kenderaan yang terjejas, sebanyak 88 mengalami kerosakan lebih 50 peratus.
“Sementara itu, 332 lagi terjejas di bawah 50 peratus. Hasil rekod sebanyak 151 kenderaan pula tidak mengalami kerosakan,” katanya:
Setakat ini, Hussein memaklumkan, pihaknya telah menerima 675 laporan polis berkaitan insiden berkenaan dan 186 saksi selesai dirakam percakapan.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#siap lebih awal
#siasatan dijalankan 24 jam tanpa henti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan