MALAYSIA
Kebakaran gas Putra Heights: Taklimat khas wakil rakyat diadakan Isnin ini - Amirudin

Arahan tersebut dimaklumkan semasa sesi taklimat Rang Undang-Undang dan Pre-Council bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berlangsung pada Khamis. - Foto X Amirudin Shari
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, telah mengarahkan satu taklimat khas berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights diadakan pada Isnin ini, khusus kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Selangor.
Ringkasan AI
- Taklimat khas akan diadakan pada Isnin oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN negeri bagi menjelaskan insiden letupan paip gas di Putra Heights.
- Kerajaan Negeri menekankan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan, dengan permohonan kepada Speaker untuk membentangkan penerangan rasmi dalam sidang Dewan Negeri yang akan datang.
- Letupan yang berlaku pada 1 April lalu menjejaskan 529 penduduk, melibatkan kerosakan 235 premis, termasuk 87 musnah sepenuhnya.
Tambah beliau, permohonan telah dibuat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Lau Weng San agar ruang diberi kepada Kerajaan Negeri untuk membuat penerangan rasmi mengenai insiden berkenaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan datang.
“Kerajaan Negeri ini berdiri atas prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntabiliti. Kita menjunjung penuh prinsip dan mandat rakyat,” tegas beliau.
Arahan tersebut dimaklumkan semasa sesi taklimat Rang Undang-Undang dan Pre-Council bersama Ahli Dewan Negeri Selangor yang berlangsung pada Khamis.
Insiden letupan gas yang berlaku pada pukul 8.10 pagi pada 1 April bersamaan Aidilfitri kedua, telah menjejaskan 529 penduduk daripada 118 keluarga dan menyebabkan kerosakan 235 premis termasuk rumah dan kedai, dengan 87 daripadanya musnah sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami