awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Gunung Baling: Lebih 90 peratus berjaya dipadam - Bomba

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2019
02:53 MYT
Kebakaran Gunung Baling: Lebih 90 peratus berjaya dipadam - Bomba
Anggota JBPM menggunakan teknik 'fire bombing' dalam operasi memadamkan kebakaran melibatkan kawasan hampir 3 hektar di Gunung Baling, Baling, Alor Setar, 7 Feb, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Masuk hari kelima kebakaran di Gunung Baling, sehingga pagi ini, lebih 90 peratus kawasan yang terbakar berjaya dipadamkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, kebakaran yang melibatkan hampir 3 hektar kawasan itu telah berjaya dikawal.
Katanya, kerja pemadaman adalah melalui jalan darat dan udara.
"Sehingga jam 10 pagi tadi, sebanyak lima beg ‘water bombing’ dilepaskan dari helikopter MI-17 di lokasi kebakaran.
"Selain itu, anggota bomba turut menggunakan ‘fire beater’ dan ‘jet shooter’ untuk membantu memadamkan kebakaran kecil di kawasan lereng bukit," kata Mohd Jamil.
Kerja pemadaman dilakukan 20 anggota dan turut dibantu malim gunung dan 40 anggota daripada agensi penguat kuasa yang lain.
Operasi bermula jam 7.30 pagi itu turut mengesan titik kecil kebakaran menghala ke arah kuari Gunung Baling namun keadaan terkawal.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya keadaan cuaca hari ini panas dan angin kuat, api yang telah dipadam mungkin akan marak semula.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Mohd Jamil berkata, penggunaan helikopter tersebut milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih diteruskan bagi memadam kebakaran.
Punca kebakaran yang bermula Rabu lalu itu masih belum dikenal pasti, namun bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan aktiviti pendakian.
Topic Berkaitan
#Baling
#bomba
#Gunung Baling
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#Mohd Jamil Mat Daud
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan