awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan enam ekar di Balakong padam sepenuhnya - JBPM Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/11/2025
02:40 MYT
Kebakaran hutan enam ekar di Balakong padam sepenuhnya - JBPM Selangor
Foto yang tular di media sosial menunjukkan kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit seluas kira-kira enam ekar.
KUALA LUMPUR: Kebakaran hutan di kawasan bukit berhampiran Taman Seri Timah, Balakong yang berlaku malam semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya awal pagi tadi selepas operasi pemadaman lebih lima jam dijalankan.

Ringkasan AI
  • Kebakaran di kawasan bukit berhampiran Taman Seri Timah, Balakong melibatkan enam ekar hutan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas lebih lima jam operasi bermula jam 7 malam.
  • Jentera pertama tiba pada 7.25 malam dan api dikawal 80% menjelang jam 9 malam. Operasi melibatkan 27 anggota dari lima balai bomba sekitar.
  • Tiada mangsa dilaporkan dan kerja pemantauan rapi diteruskan bagi mengelakkan nyalaan semula di kawasan terjejas.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.02 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi pada 7.25 malam.
“Kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit seluas kira-kira enam ekar.
"Pada peringkat awal, api berjaya dikawal 80 peratus sekitar jam 9 malam sebelum operasi pemadaman sepenuhnya selesai pada jam 12.15 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan Operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Seri Kembangan, BBP Pandan Indah, BBP Sungai Besi dan BBP Cheras, melibatkan seramai 27 anggota keseluruhan.
Tambah kenyataan itu, kerja-kerja pemantauan rapi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi nyalaan semula di kawasan terlibat.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#BALAKONG
#JBPM
#kawasan hutan bukit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan