awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
Trump undang Perdana Menteri Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kabel punca LRT Kelana Jaya tergendala semalam

Bernama
Bernama
30/05/2019
07:11 MYT
Kebakaran kabel punca LRT Kelana Jaya tergendala semalam
Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna sepanjang tempoh gangguan tersebut. - Gambar hiasan
Kebakaran kabel pengasingan kuasa daya penarik (traction power) yang terletak antara Stesen KLCC dan Stesen Kampung Baru, dikenal pasti punca perkhidmatan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tergendala pada 12.09 tengah hari semalam.
Rapid KL dalam kenyataan media hari ini berkata berikutan kerosakan pada kabel tersebut, sumber kuasa di semua platform stesen bawah tanah yang menghala ke Stesen LRT Putra Heights perlu ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.
"Sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh juruteknik Rapid Rail, pihak pusat kawalan operasi LRT Laluan Kelana Jaya telah mengaktifkan pelan 'Alternate Service', di mana semua tren dari Stesen LRT Putra Heights berpatah balik ke Stesen LRT Masjid Jamek, dan semua tren dari Stesen LRT Gombak berpatah balik ke Stesen LRT Ampang Park.
"Perkhidmatan tren 'shuttle' antara Stesen LRT Ampang Park dan Stesen LRT Masjid Jamek disediakan untuk membawa para penumpang daripada arah Stesen LRT Gombak dan Stesen LRT Putra Heights," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, gangguan teknikal tersebut berjaya diselesaikan dan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kembali normal pada 12.57 tengah hari semalam.
"Para penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Kelana Jaya," kata kenyataan itu.
Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna sepanjang tempoh gangguan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#KLCC
#LRT
#perkhidmatan tergendala
#rapiKL
#traction power
#Transit Aliran Ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan