KUALA LUMPUR: Mangsa insiden kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya lima rumah di Kampung India Settlement, Kampung Pandan, di sini, pada 9.45 malam tadi terpaksa berlari ke jalan utama untuk menyelamatkan diri.
S. Thulasi berkata, dia menyedari rumahnya terbakar setelah melihat api dari arah dapur dan terus memaklumkan insiden itu kepada ahli keluarga yang lain.
"Ketika kejadian, terdapat tujuh ahli keluarga dalam rumah dan kami tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa barang. Saya hanya fikir untuk selamatkan diri.
"Kad pengenalan, baju, dokumen penting lain turut musnah dijilat api. Kini saya dan keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Tinjauan Bernama mendapati lebih 10 rumah lain turut terjejas dalam insiden kebakaran itu dan empat jentera bomba serta tiga lori tangki terlibat dalam operasi pemadaman api.
Saksi kejadian, A. Annuradah berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan berhampiran ketika melihat api sedang marak.
"Saya berhenti untuk melihat kawasan kebakaran itu. Api cepat merebak kerana kedudukan rumah di situ yang rapat," katanya.
K. Saravanakumar pula berkata, dia melihat ramai mangsa berlari menyelamatkan diri namun dan ada beberapa penduduk yang hanya sempat menyelamatkan barangan rumah seperti periuk, kipas angin serta pinggan mangkuk.
Bernama sedang berusaha mendapatkan kenyataan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Insiden kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya lima rumah di Kampung India Settlement, Kampung Pandan. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.