NATIONAL
Kebakaran Putra Heights: Selangor timbang jadi orang tengah isu tuntutan insurans

Amirudin (kiri) berkata mesyuarat juga akan memberi tumpuan kepada beberapa kes melibatkan mangsa yang masih belum mendapat bantuan sewa rumah disediakan kerajaan negeri. -Gambar fail/Bernama
KUALA SELANGOR: Mesyuarat unit bencana negeri Selangor petang ini antara lain akan membincangkan kemungkinan kerajaan negeri boleh menjadi orang tengah bagi menyelaras rundingan antara mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dengan syarikat insurans, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Ringkasan AI
- Mesyuarat unit bencana negeri Selangor akan membincangkan peranan kerajaan negeri sebagai orang tengah antara mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights dan syarikat insurans.
- Kerajaan negeri juga akan meneliti isu mangsa yang belum menerima bantuan sewa rumah akibat kekurangan dokumen sokongan.
- Penduduk terkesan melaporkan kesukaran menuntut pampasan insurans, dengan jumlah diluluskan dianggap tidak setimpal dengan kerosakan akibat pendedahan haba selama hampir lapan jam.
Amirudin berkata mesyuarat itu juga akan memberi tumpuan kepada beberapa kes melibatkan mangsa masih belum mendapat bantuan sewa rumah disediakan kerajaan negeri, kebanyakannya disebabkan tidak mempunyai dokumen mencukupi.
Beberapa media sebelum ini melaporkan sebahagian penduduk terkesan dengan insiden kebakaran pada 1 April, mendakwa berdepan pelbagai cabaran, terutama dalam menuntut pampasan insurans rumah dan kenderaan selepas lebih sebulan kejadian tersebut berlaku.
Setiausaha Persatuan Penduduk Topaz Putra Heights Lau Cheng Chew dilaporkan berkata penduduk kecewa kerana jumlah tuntutan diluluskan syarikat insurans adalah rendah, meskipun kediaman dan kenderaan mereka terdedah kepada haba tinggi selama hampir lapan jam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami