Enam pelajar tahfiz terselamat dalam kejadian kebakaran di tingkat atas sebuah blok bangunan asrama yang didiami mereka di Maahad Tahfiz Darul Ulumarrahimiyah, Jitra, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, enam pelajar terbabit berada dalam asrama berkenaan dan seorang daripadanya didapati tidak sihat.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, ketika kejadian enam pelajar tahfiz yang berusia antara 10 hingga 16 tahun terselamat selepas seorang daripadanya bertindak memecahkan penggera loceng kecemasan.
"Ketika kejadian 46 pelajar lelaki berusia 12 tahun hingga 20 tahun pergi menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak berdekatan dengan asrama mereka.
"Kesemua pelajar itu berada di asrama terbabit kerana mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) kerana tidak cukup umur masuk ke masjid manakala pelajar lelaki berusia 16 tahun tidak sihat," katanya di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu beliau berkata, seorang pelajar berusia 16 tahun mengalami kecederaan pada tangannya akibat terkena serpihan kaca ketika cuba menyelamatkan diri.
Beliau berkata, pusat tahfiz itu dibuka sejak tahun 1990 dan menempatkan seramai hampir 70 pelajar lelaki dari serata negeri di situ dan dua dari Thailand serta Kemboja.
Operasi disertai 22 anggota dan empat jentera dan sebuah jentera tangki dari Balai Bomba Penyelamat Jitra dan Alor Setar.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kebakaran membabitkan dua blok bangunan bersambung kelas A di tingkat atas.
Mohamadul Ehsan berkata, api berjaya dikawal jam 1.41 petang.
Beliau berkata, setakat ini pasukan Bahagian Forensik JBPM Kedah masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu untuk mengenal pasti punca dan kerugian.
Astro Awani
Fri Sep 18 2020

Hasil siasatan awal mendapati, kebakaran membabitkan dua blok bangunan bersambung kelas A di tingkat atas. Gambar Astro AWANI

Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar
Hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sejak ia diwajibkan pada Ogos tahun lepas.

Hari pertama di White House, Biden bakal tarik balik larangan negara Islam
Biden merancang untuk menarik balik beberapa dasar yang diperkenalkan bawah pentadbiran Trump.

COVID-19: 21 kes positif, cetus kluster majlis hari keluarga di Sabah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majlis yang berlangsung di Kota Belud, Sabah itu turut dikesan di daerah Tuaran.
![[INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej [INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/10716867251610884415562/1885975_8967789641610884963435_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO perlu guna masa darurat perbaiki imej
![[INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai' [INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/12249834571610884415575/1885974_8967789641610884895910_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Darurat bukan ubat 'krisis tiga serangkai'

COVID-19: Sarawak catat 62 kes baharu, satu kematian
Sehingga siasatan klinikal selesai dijalankan, kes kematian ini tidak akan dikategorikan sebagai kes kematian akibat COVID-19.
![[INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021] [INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29499622971610884415575/1885973_8967789641610884729631_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Perkembangan kes COVID-19 [17 Januari 2021]
![[INFOGRAFIK] Rakyat perlu bantu SPRM banteras jenayah rasuah [INFOGRAFIK] Rakyat perlu bantu SPRM banteras jenayah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/25569505501610884415569/1885972_8967789641610884652769_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Rakyat perlu bantu SPRM banteras jenayah rasuah
![[INFOGRAFIK] Agenda politik atau rakyat? [INFOGRAFIK] Agenda politik atau rakyat?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/16396700801610884415581/1885971_8967789641610884593378_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Agenda politik atau rakyat?
![AWANI Sarawak [17/01/2021] - Banjir mula surut | Kes keseluruhan kini 2,111 | Nasib penghuni rumah panjang dibela AWANI Sarawak [17/01/2021] - Banjir mula surut | Kes keseluruhan kini 2,111 | Nasib penghuni rumah panjang dibela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/15597909581610884213024/1885970_18971211261610884395088_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [17/01/2021] - Banjir mula surut | Kes keseluruhan kini 2,111 | Nasib penghuni rumah panjang dibela
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Mangsa banjir berkurang, kini PPS tinggal enam - Sibu terus catat kes positif COVID-19 tertinggi di Sarawak - PKP - Nanta Linggi beri jaminan bantu penghuni rumah panjang terjejas Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Perkeso tubuh badan bertindak khas siasat tuntutan berkaitan COVID-19
Perkeso menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi mempercepat urusan bayaran kepada mereka ya

Lelaki tahan sakit dua jam kemaluan tersangkut cincin
Mangsa berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu dikatakan panik selepas cincin itu tidak dapat dikeluarkan selepas disarung pada kemaluan.

9 rumah kedai di Alor Setar musnah terbakar
Sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru, Alor Setar berputih mata apabila premis mereka musnah dalam kebakaran di hari terakhir 2020.

Tiga beranak mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun
Pelakuan ketiga-tiga tertuduh terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa mangsa dirogol pada awal Disember lalu.

Pemergian Wan Shamsuddin, hilangnya khazanah ensiklopedia sejarah Kedah
Kehilangan Allahyarham ini sangat besar bukan sahaja kepada persatuan tetapi seluruh Kedah kerana diibaratkan seperti khazanah ensiklopedia sejarah.

Datuk saudara bangga Jocelyn dilantik Datuk Bandar Eastvale California
Menurut Chong, beliau terkejut dan tidak menyangka sama sekali cucu saudaranya itu diamanahkan untuk memegang jawatan itu pada usia muda.

Pesawah maut disambar petir ketika menjala ikan
Seorang pesawah maut akibat disambar petir ketika sedang menjala ikan di kawasan sawah di Kampung Gulau, Alor Setar.

Pelajar Tingkatan 1 antara 11 individu ditahan langgar PKPB
Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai.

COVID-19: Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu dikenakan PKPD
Ismail Sabri berkata, PKPD itu akan melibatkan seramai 1,820 orang tahanan dan 114 orang kakitangan pusat tahanan tersebut.

Pengawal keselamatan maut diseret treler
Ketika kejadian, saudara mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak kemalangan itu berlaku.