awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tapak lupus sampah: Tiada kes murid hadapi masalah kesihatan - Exco Johor

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2019
10:16 MYT
Kebakaran tapak lupus sampah: Tiada kes murid hadapi masalah kesihatan - Exco Johor
Masalah kebakaran itu berlarutan selama dua minggu disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan air, selain kebakaran itu berlaku di bawah tanah. - Astro AWANI
Tiada murid sekolah yang mengalami masalah kesihatan akibat tapak pelupusan sampah haram yang terbakar di Taman Bukit Kempas, Johor.
Bagaimanapun insiden yang telah berlarutan sehingga dua minggu itu menyebabkan pencemaran udara di sekitar kawasan terbabit.
Tinjauan Astro AWANI ke lokasi kejadian mendapati bau busuk seperti plastik terbakar masih boleh dihidu, walaupun jarak antara kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Kempas dan lokasi kebakaran berada jauh 1 kilometer.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata kerajaan negeri mengambil serius masalah tersebut, dan sebagai langkah berjaga-jaga, 1,000 topeng muka diedarkan kepada guru dan murid sekolah terbabit.
“(Kes) muntah atau sesak nafas tidak ada, cuma (keadaan) tidak selesa dengan asap yang ada. Kita berikan topeng tadi (untuk persediaan berdepan) gangguan kesihatan, (tapi) buat masa ini, Alhamdulillah tidak ada (kes),” ujar Aminolhuda.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak haram dan SK Taman Bukit Kempas di Johor Bahru.
Untuk penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri telah meminta bantuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mempergiatkan usaha memadam kebakaran.
Jelas Aminolhuda, masalah itu berlarutan selama dua minggu disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan air, selain kebakaran itu berlaku di bawah tanah.
Sementara itu, penguatkuasaan akan dijalankan bagi mengesan tanah milik individu dan pihak yang membuang sampah di tapak haram berkenaan.
Topic Berkaitan
#EXCO Johor
#Johor
#kebakaran
#tapak pelupusan sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan