awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/10/2024
04:24 MYT
Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Zambry (foto) menekankan pentingnya kebebasan akademik di universiti tanpa ketakutan, asalkan pandangan yang disampaikan berdasarkan fakta dan keintelektualan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta universiti awam diberikan pengecualian daripada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, meminta universiti awam dikecualikan daripada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
  • Beberapa cubaan telah dilakukan untuk pengecualian ini, namun belum berjaya, walaupun terdapat 12 institusi yang telah dikecualikan.
  • Beliau menekankan pentingnya kebebasan akademik di universiti tanpa ketakutan, asalkan pandangan yang disampaikan berdasarkan fakta dan keintelektualan.

Menurutnya, beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini, namun masih belum berjaya, meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.
Tambah beliau, dalam konteks universiti, ia tidak seharusnya terlibat dalam keseluruhan pekeliling secara umum yang diberikan kepada semua pihak yang tertakluk di bawah kategori Badan Berkanun.
“Saya sedang mencuba untuk melakukan perkara ini bagi membolehkan iklim dalam sebuah universiti itu tidak terkongkong dengan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka.
“Tapi dengan syarat, dalam tradisi keintelektualan, kesarjanaan, seseorang itu tidak bercakap secara merapu...tanpa fakta, dengan membuat teori bukan-bukan.
“Ini saya sebut tadi, kita akan lihat ke dalam konteks akta ini,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN - Indera Mahkota) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau bertanya apakah langkah kementerian bagi memastikan insiden seperti larangan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghalang kakitangannya membuat kenyataan awam, tidak berulang.
Topic Berkaitan
#kebebasan bersuara
#Zambry Abd Kadir
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Akta 605
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan