awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebebasan media dan bersuara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
08/11/2023
23:45 MYT
Kebebasan media dan bersuara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang peringkat jawatankuasa berlangsung selama 12 hari hingga 27 Nov ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kebebasan media dan bersuara khususnya mengenai kandungan media sosial antara perkara menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, perkara itu dibangkitkan dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan jaminan kerajaan tidak menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kebebasan bersuara.
Pada sesi sama, Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) bertanyakan tentang keberkesanan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga (PPH) dalam menangani kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Pada sesi soal jawab pula, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) meminta Menteri Ekonomi menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk mengasingkan pengiraan inflasi barangan serta perkhidmatan dan mengkelaskan mengikut negeri bagi menggambarkan situasi sebenar kenaikan harga barangan dihadapi rakyat.
Turut tersenarai, soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan strategi dan dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap pemilikan ekuiti dalam kalangan Bumiputera, individu dan korporat, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang berbaki.
Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa.
Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang peringkat jawatankuasa berlangsung selama 12 hari hingga 27 Nov ini.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#media sosial
#kebebasan bersuara
#Kenaikan harga barangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan