awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran taman tema hiburan keluarga dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Nancy

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2021
09:03 MYT
Kebenaran taman tema hiburan keluarga dijangka diumum dalam tempoh terdekat - Nancy
Pembukaan semula taman tema hiburan keluarga dijangka diumumkan dalam masa terdekat - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pembukaan semula taman tema hiburan keluarga dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selari dengan pengumuman kerajaan untuk membenarkan rentas negeri setelah 90 peratus kadar vaksinasi dewasa dicapai.
Justeru beliau berkata, apabila kadar vaksinasi tersebut dicapai, maka lebih banyak kelonggaran akan diberikan.
"Mengenai taman tema, semuanya insya-Allah akan diumumkan.
"Sebenarnya saya telah mengemukakan destinasi-destinasi tertentu untuk dibuka pada 1 Oktober.
"Oleh kerana terlalu banyak permintaan oleh negeri-negeri lain, maka semalam kita memutuskan rentas negeri apabila 90 peratus daripada populasi divaksinasi.
"Melihat kepada data yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), ianya tidak begitu jauh lagi.
"Maka, tidak lagi timbul negeri atau destinasi mana yang dibuka. Cuma, taman tema, insya-Allah dalam masa terdekat akan diumum," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab celahan Dr Mazlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) yang bertanyakan adakah kerajaan akan membenarkan pembukaan Taman Tema Hiburan Keluarga memandang prosedur operasi standard (SOP) bagi perkhidmatan tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan, berbanding gelembung pelancongan lain.

*Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober; dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Dewan Rakyat
#Nancy Shukri
#Pembukaan taman tema
#pelancongan
#MOTAC
#Taman Tema Hiburan Keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan