Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang membuat bebola ikan di Jalan Tepi Sungai, dekat sini pada Sabtu.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa terdiri daripada tiga orang warga asing dan tiga lagi warga tempatan.
Katanya, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.39 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bergegas ke lokasi.
"Berlaku kebocoran bahan kimia ammonia (UN 1005) di kilang QL Food Frozen yang membuat bebola ikan.
"Enam orang mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan warga asing, manakala tiga lagi perempuan warga tempatan.
"Kebocoran berlaku kepada satu saluran manakala tiga lagi saluran tidak mengalami kebocoran,"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, anggota seterusnya memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi membuat pemantauan di dalam kilang tersebut.
Ia untuk memastikan 'valve' telah ditutup dengan kemas oleh pekerja kilang dan tiada lagi kebocoran gas ammonia.
Jelasnya anggota bomba turut membuat pengudaraan di dalam kilang tersebut bagi melepaskan gas ammonia yang masih ada.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.28 malam.
Aida Aziz
Sat Sep 26 2020
Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang. - Foto ihsan bomba
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kebocoran bahan kimia di kilang, enam mangsa dikejarkan ke hospital
Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang membuat bebola ikan di Jalan Tepi Sungai, dekat sini pada Sabtu.
Manfaat bantuan peniaga kecil, cetus revolusi 'baby lekor' di Mersing
Seorang usahawan keropok lekor di Mersing, Johor cuba mempelbagaikan perusahaannya dengan menghasilkan makanan berunsurkan ikan iaitu bebola ikan.
Kilang pemprosesan bebola ikan di Alor Setar diarah tutup
Tindakan itu diambil oleh Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan bersama kira-kira 2 petang Ahad.
Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup
Selain daripada najis tikus, lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan.