Kerajaan akan memulakan inisiatif pembangunan kepimpinan wanita bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk menduduki kerusi lembaga pengarah dalam sektor korporat dan kebolehupayaan sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu mampu meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi, kesihatan, keselamatan selain melindungi hak golongan berkenaan.
Pada masa sama golongan wanita akan terus dibela dan kepentingan mereka akan diambil kira dalam setiap perancangan dan polisi yang akan dirangka kelak.
“Sebagai contoh, saya telah melancarkan skim tabungan untuk suri rumah di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang dikenali sebagai I-Suri, pada 8 Ogos 2018.
“Pelaksanaan i-Suri ini, bukan semata-mata untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan sahaja, ia adalah suatu program yang kita yakin, mampu menjaga kemaslahatan golongan wanita dengan memastikan golongan wanita yang tidak bekerja mempunyai tabungan semasa menjangkau usia tua,” katanya semasa berucap pada Program Bual Bicara dan Hi Tea anjuran NGO-NGO Wanita Pandan di Kelab Darul Ehsan, Ampang di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan telah menetapkan matlamat dan dasar yang jelas iaitu memberi khidmat untuk semua rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Dalam semua dasar dan tindakan, Kerajaan akan berusaha memastikan harapan rakyat untuk menikmati pembangunan yang menyeluruh, bebas dari rasuah, adil dan saksama dapat dilaksanakan,” ujarnya.
Berdasarkan statistik terkini, katanya, 48.5 peratus daripada jumlah 32.4 juta penduduk adalah wanita.
“Dengan jumlah wanita yang menghampiri separuh daripada populasi negara, kita seharusnya menggunakan potensi ini sebaik mungkin untuk memacu pembangunan dan kesejahteraan negara.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited dalam memperkasakan golongan wanita menerusi jaminan keselamatan sosial yang menyeluruh, peluang pendidikan, kemahiran dan kompetensi yang relevan,” kata beliau.
Rahimah Abdullah
Sat Sep 29 2018
WAN AZIZAH: Golongan wanita akan terus dibela dan kepentingan mereka akan diambil kira dalam setiap perancangan dan polisi yang akan dirangka kelak.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Kemahiran teknikal mengikut standard industri tingkatkan kebolehpasaran siswazah
Latihan dan persediaan seumpama itu penting untuk mengurangkan kadar penggangguran 3.9 peratus atau 649,000 pada Mei lepas.
UniKL catat kadar kebolehpasaran graduan lebih 97 peratus - Mahdzir
UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduannya 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020 walaupun situasi ekonomi global mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tempoh itu.
Parlimen: Kadar kebolehpasaran graduan menurun 1.8 peratus - Noraini
Kadar kebolehpasaran graduan menyaksikan penurunan sebanyak 1.8 peratus iaitu dari 86.2 peratus pada 2019 kepada 84.4 peratus pada tahun 2020.
RMK12: Akses data untuk pembangunan modal insan antara keutamaan
Perkara asas dalam isu ini ialah memantapkan pangkalan data yang telus dan boleh menjadi rujukan pengamal industri dan para graduan.
Industri perkhidmatan penting boleh serap lebihan tenaga kerja - Ketua Perangkawan
Pada suku pertama tahun 2020, kadar pengangguran meningkat kepada 3.9 peratus berbanding 3.5 peratus sebelum ini.
Graduan perlu miliki nilai kemanusiaan, tingkat kebolehpasaran - Maszlee
Globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 akan mengubah masa depan pekerjaan disebabkan banyak pekerjaan yang sedia ada tidak lagi akan wujud.
Kolej Vokasional hasilkan usahawan muda, pendapatan bulanan cecah RM70,000
Ada graduan KV yang meraih pendapatan sehingga RM70,000 sebulan hasil perniagaan kuih bahulunya.
Kebolehpasaran dan keupayaan wanita terus dipertingkat
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu mampu meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor.
Kadar pengangguran belia di Malaysia rendah - Idris Jusoh
Kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New Zealand dan Australia, kata Datuk Seri Idris Jusoh.