Skip to main content

Malaysia

Kebolehpasaran graduan Sijil Motosikal Elektrik GiatMARA capai 99.8 peratus

KOTA BHARU, 28 Jun -- Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Zulfikri Osman (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan (tiga, kanan) melihat skuter elektrik MODENAS MEV-1 Pro bagi pembelajran para pelajar pada Majlis Peluncuran MODENAS Service Plus @ Giat Mara Prima Melor hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Pengarah MARA Datuk Zulfikri Osman (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan (tiga, kanan) melihat skuter elektrik MODENAS MEV-1 Pro bagi pembelajran para pelajar pada Majlis Peluncuran MODENAS Service Plus @ Giat Mara Prima Melor hari ini. - Foto BERNAMA
Advertisement

KOTA BHARU: Kebolehpasaran graduan GiatMARA yang mengikuti kursus Sijil Motosikal Elektrik (EV) kini mencapai 99.8 peratus dengan 42 pelatih telahpun bekerja dengan syarikat Modenas, kata Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Zulfikri Osman.

Beliau berkata setakat ini lima pusat GiatMARA telahpun menawarkan kursus tersebut bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi motosikal dan mobiliti elektrik.

Pusat GiatMARA terbabit terletak di Prima Melor di Kelantan; Kota Samarahan, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah; Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Hulu Terengganu.

"Kursus ini mula ditawarkan pada Julai 2024 dengan tempoh pengajian selama tiga bulan. 

"Prospek kerjaya ialah graduan berpotensi menjadi juruteknik motosikal elektrik, pakar bateri EV mahupun usahawan bengkel EV menerusi pengalaman sebenar iaitu pembelajaran teknikal berdasarkan kursus ditawarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Modenas Service Plus @ GiatMARA Prima Melor, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Ahmad Hamdi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan.

Katanya, kursus motosikal elektrik itu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 291 pelajar telahpun mengikuti kursus berkenaan.

Beliau berkata setakat ini lima pusat GiatMARA itu telah menyelenggara sebanyak 122 unit motosikal elektrik yang digunakan oleh Pos Malaysia dalam operasi menghantar barangan kepada pelanggan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement