awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini

Bernama
Bernama
03/12/2024
08:40 MYT
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Wong Kah Woh berkata ini meliputi MBPK yang melanjutkan pelajaran atau memasuki dunia pekerjaan selepas tamat sekolah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Beliau berkata ini meliputi MBPK yang melanjutkan pelajaran atau memasuki dunia pekerjaan selepas tamat sekolah.
"Bagi memastikan kadar itu konsisten, Kementerian Pendidikan (KPM) telah bekerjasama dengan syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk memberi peluang golongan berkenaan menceburi pelbagai kerjaya, mengikut kebolehan dan minat masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas yang ingin tahu sama ada KPM bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk memupuk pembelajaran inklusif pendidikan khas.
Menjawab soalan asal Senator Isaiah D. Jacob mengenai jumlah sekolah yang masih tidak mesra kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Wong berkata setakat 21 Nov lepas, sebanyak 33.7 peratus atau 2,405 daripada 7,147 sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas, telah dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU.
Beliau berkata KPM pada tahun ini memperuntukkan RM13.6 juta kepada 616 sekolah di seluruh negara untuk penyediaan kemudahan mesra OKU sebagai sebahagian daripada program pemerkasaan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan khas yang diperkenalkan dalam Inisiatif Belanjawan 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#murid OKU
#murid bekeperluan khas
#KPM
#Kadar Kebolehpasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan