Kecekalan seorang remaja yang ingin membantu keluarganya dengan menjual nasi lemak menjadi bualan netizen di laman sosial hari ini.

Remaja yang masih tidak diketahui namanya ini menjual nasi lemak masakan ibunya di hadapan sebuah bank di Ampang semenjak dua bulan lalu.

Lembaga Zakat Selangor melalui laman Facebooknya turut berkongsi kisah remaja cekal ini.

Menurut kenyataan di Facebook Lembaga Zakat Selangor, bapa remaja tersebut, Ahmad Sanusi dikatakan tidak bekerja kerana sakit jantung dan mempunyai anak berumur 15,12, 11,7 dan 3 tahun.

Kos pembedahan Ahmad Sanusi sebanyak RM14,000 turut dibantu Zakat Selangor.

Manakala ibu remaja itu bekerja di pusat beli belah Giant.