Kecewa dan menyusahkan, itu antara pandangan ibu bapa yang ditemui susulan penangguhan kertas Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.
Ibubapa menyifatkan perkara ini tidak seharusnya berlaku dan membebankan pelajar itu sendiri.
Ada di antara ibubapa yang sudah merancang untuk bercuti, namun terpaksa ditundakan hasrat berkenaan disebabkan kertas matapelajaran Sains.
Selain merasakan tarikh penangguhan itu terlalu panjang, ibubapa juga bimbang semangat para pelajar akan merundum.
Sementara itu, hasil tinjauan mendapati, pelajar gembira dengan penangguhan itu kerana ada lebih masa untuk belajar.
Tetapi pada masa sama mengakui kecewa kerana tempoh penangguhan itu dianggap mereka sangat lama.
Hari ini sepatutnya menjadi hari terakhir peperiksaan UPSR tahun ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa pelajar UPSR kerana kebocoran kertas subjek Sains menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak menggangu tumpuan para calon.
Azyyati Ahmad
Thu Sep 11 2014
Selain merasakan tarikh penangguhan itu terlalu panjang, ibubapa juga bimbang semangat para pelajar akan merundum - UPSR - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Kecewa soalan UPSR bocor, menyusahkan pelajar - Ibubapa
Kecewa dan menyusahkan, itu antara pandangan ibu bapa yang ditemui susulan penangguhan kertas Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.